Oleh : Ahmad Baei Jaafar
Sejak saya mengupas mengenai hukum hakam poligami, ramai para isteri yang bermadu menghubungi saya menyatakan mereka tidak tahu menahu tetang hukum itu. Masing-masing menyatakan terjerat dik nafsu sendiri. Tidak kurang juga yang mengakui sering tertipu kerana kepentingan tertentu.
Ramai juga mengakui tiga bulan pertama atau setahun pertama mereka hidup bahagia. Hal ini kerana Isteri pertama suaminya tidak tahu dia ada isteri lain. Setelah semua rahsia terbongkar, suaminya terpaksa lebih banyak di rumah isteri pertama. Ada yang menyedihkan, isteri baru hanya boleh bertemu suaminya di pejabat dalam kadar sejam sahaja.
Suami tak kala berada di rumah isteri pertama, tidak bahagia kerana terpaksa bermain perasaan. Walaupun ada dua isteri tetapi hidupnya seperti tiada isteri. Masa untuk berseronoh suka sebagai suami isteri sudah tidak ada. Suami tidak boleh keluar ke rumah isteri lain kerana dikawal keinginannya.
Ada isteri yang mengadu kepada saya, sudah lama dia tidak bersama suaminya, nafkah tidak diberi kerana dia ada pendapatan sendiri. Isteri ini reda dalam keadaan terpaksa. Apalah indahnya poligami sebegini. Saya bersimpati kepada mereka walaupun kalau mereka reda diberi pahala oleh Allah. Saya juga bersimpati kepada suami walaupun mereka terpaksa menempah neraka di dunia dan neraka akhirat.
Saya tidak mampu menasihati para isteri ini kecuali bersabar dengan keadaan itu. Tapi yang paling penting seharusnya saya menasihati suami namun kerana suami tidak pernah meminta nasihat apa yang boleh saya lakukan untuk menyelamatkan mereka.
Sebenarnya kalau mengikut ilmu perkahwinan, seharusnya isteri berani memohon taklik atau fasah daripada suaminya. Tetapi apa yang saya dapat maklum balas daripada mereka, mereka masih mahu bersabar. Mungkin mereka tidak sanggup menjadi janda. Saya hormati kehendak mereka, tetapi kalau keadaan itu berterusan, nasihat saya, segeralah mohon taklik atau fasah.
Sebenarnya tidak hina seseorang itu menjadi janda atas sikap suami yang begitu. Cuma yang saya bimbangkan kalau status perkahwinan mereka tidak sah kerana tidak didaftarkan di Malaysia. Kalau ini yang terjadi, dia tidak boleh dilindungi oleh undang-undang Islam di sini. Inilah yang tidak seharusnya berlaku.
Belajar daripada pengalaman ini, saya menyeru kepada semua wanita Islam di negara ini berhati-hati dengan tawaran poligami. Bukan saya menghalang anda berpoligami tetapi pilihan suami yang benar-benar beriman dan bertakwa amat sukar pada zaman ini. Ketahuilah mereka yang beriman dan bertakwa sahaja yang boleh menyelamatkan isterinya walaupun seramai empat orang.
Pada masa yang sama, saya menyeru kepada para suami yang ada niat untuk berkahwin lagi, belajarlah dahulu ilmu fiqah terutama dalam soal poligami. Setelah itu tanyalah kepada diri, untuk apa berpoligami, adakah untuk mendapat nikmat berkeluarga atau apa? Kalau untuk dapat nikmatnya, jangan belajar menipu isteri pertama untuk membolehkah berkahwin. Juga jangan tipu isteri kedua kerana takut isteri pertama. Tapi takutlah kepada Allah, kerana dosa yang anda lakukan akan dihukum di dunia lagi sebelum di humbankan ke dalam neraka.

6 ulasan:
hanya orang yang berpoligami yang tahu sebab & tujuan dia berpoligami...
saya yakin orang yang berpoligami ada sebab & alasan mereka melakukan sedemikian yang kadang2 alasan tersebut tidak dapat diceritakan pada semua orang....
kadang2 sesuatu yang ALLAH buat tidak dapat difikir sebab & alasannya oleh otak manusia biasa...pasti ada hikmahnya....
diharap semua orang dapat menyedari dan tidak memandang serong & negatif kepada mereka yang berpoligami....
tidak semua manusia itu baik, dan oleh sebab itulah ada yang mengambil kesempatan melakukan sesuatu yang tidak seharusnya dilakukan di atas keistimewaan yang diberikan oleh ALLAH..
hanya ISLAM membenarkan penganutnya mempunyai isteri lebih drp satu....
renung2kanlah sahabatku...........
-insan pemikir-

untuk sang suami, jika kita tidak punyai byk waktu bermunajat dgn Allah dikesunyian mlm cukuplah beristeri satu.Untuk sang isteri,jika kita ingin punyai byk waktu bermunajat dgn Allah dikesunyian mlm galakkan suami beristeri lebih.Bknkah cinta Allah lebih agung? Suami isteri berlumba lumbalah mencari kelebihan masa dgn Allah
poligami perlu ilmu tampa ilmu akan tuju kejalan Neraka.Jantan2 yg diluar sana berfikir betul2 jangan tanya nafsu tan iman.Jangan poligami kerana nafsu akan ketemu jalan kemusnahan.
Kahwin lebih atau poligami dijanjikan akan jadi kaya. Malangnya hari jjarang orang poligami jadi kaya sepertimana pernah dsebut oleh Rasulullah SAW.
Pasti ada yang tidak kena (tak betul) dengan prasyarat yang telah ditetap oleh Allah dalam Al Quran.
Syarat adil dan mampu. Bermakna berlaku adil ketika hendak berpoligami. Bukan sahaja adil selepas berkahwin.
Suami mesti beri tahu kepada isteri yang di akan berkahwin seorang lagi. Isteri mesti membenarkan.
Kalau isteri tidak membenarkan suami berkahwin seorang lagi, sedangkan dia ada kemampuan bermakna isteri tidak adil.
Aatas sebab itulah rumah tangga yang dibina atas nama poligami dianggap tidak dapat menyelesaikan permasalahan rumah tangga.
Macam mana hendak selesai, sedangkan isteri tidak restu suaminya berkahwin.
Suami juga harus ingat haram berkhwin seorang lagi jika tidak mampu zahir dan batin.
Isteri tidak harus tolak permohonan suami yang hendak berhwin seorang lain, kerana dia ada kemampuan.
Tidak restu iateri adalah musuh nombor satu poligami miskipun mampu dan boleh berlaku adil sekalipun.
kesimpulannya amalan poligami rakyat negara kita jelas tidak betul dari segi praktisnya dan juga niat.
Syarat ASAS berpoligami mampu berlaku ADIL zahir batin, bukan kebenaran isteri 1. Tapi kebenaran isteri adalah salah satu RAHSIA nak bahagia. Matlamat poligami mesti jelas untuk menyelamatkan janda ke, bantu anak yatim ke, ramaikan ummat ke... Tujuan murni ini dibincangkan dengan isteri 1 dan suruhlah isteri 1 carikan yang sesuai untuk memenuhi matlamat yang dibincangkan bersama. Insyaallah Rukun Rumahtangga yang dibina.
Catat Ulasan