18 November 2009

Hari Raya Qurban Ditetapkan Pada 27 November

KUALA LUMPUR: Hari Raya Qurban atau Hari Raya Aidiladha bagi Malaysia ditetapkan pada 27 November ini, bersamaan 10 Zulhijah, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Engku Ibrahim berkata: "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 18 Nov 2009 Masehi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 Nov 2009 Masehi," katanya dalam siaran akhbar Jabatan Penerangan yang dikeluarkan di sini Shari ini. BERNAMA

1 ulasan:

hafizzuddin berkata...

Alhamdulillah, semuga Hari Raya Aidil Adha Tahun ini memberi makna yang cukup besar kepada perjuangan rakyat Malaysia amnya dan kepada Pendukung2 Perjuangan Islam khususnya yang tidak pernah jemu2 menuntut keadilan dan kekal istiqamah bersama jamaah.

Ingatlah wahai saudara2ku segala tekanan, kekangan, fitnah, kesusahan, kepayahan dan jalan2 berliku yang kita lalui pasca 8 Mac 08 memang cukup menyesakkan, ALLAH sedang menguji kita dengan kemenangan yang kita perolehi, benarlah apa yang dikatakan, mengurus kemenangan itu lebih sukar jalannya dari jalan kemenangan yang kita perolehi.

Bagi meneruskan perjuangan suci ini, kita hendaklah yakin, Janji ALLAH itu PASti, Yang PASti Itu Benar, Yang Benar, InsyaALLAH akan beroleh kemenangan sejati.