18 November 2009

Ah Long ugut mangsa di facebook

Ah Long kini menggunakan laman web sosial percuma yang popular iaitu facebook untuk mengugut dan memalukan peminjam yang
gagal menjelas hutang.

Ketua Jabatan Aduan dan Khidmat Awam MCA Datuk Michael Chong berkata cara itu diguna bagi menakutkan mangsa dengan menyiarkan identiti mangsa seperti gambar, maklumat peribadi dan jumlah hutang yang tidak dijelaskan.

"Sebelum ini, mereka (Ah Long) menggunakan cat dan poster tetapi kini mereka meletakkan maklumat mengenai peminjam di dalam laman web sosial mereka sendiri," katanya kepada pemberita di ibu pejabatnya di Wisma MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kes terbaru ini, seorang pekerja kedai aksesori kereta diugut supaya menjelaskan bayaran menerusi laman web berkenaan.

Beliau berkata Ah Long turut meletakkan gambar dan memberi amaran supaya menjelaskan bayaran.

Mangsa yang berumur 25 tahun dan berasal dari Batu 9, Cheras itu meminjam RM1,000 September lepas tetapi dipaksa menjelaskan bunga tambahan sebanyak RM80,000.

Bimbang akan ugutan yang semakin banyak diterima dan menjadi-jadi, satu laporan polis dibuat peminjam itu Jumaat lepas (13 Nov) di balai polis daerah Kajang. BERNAMA

MalaysiaKini/-

3 ulasan:

david ahmad muniandy berkata...

kita letak tepi dahulu isu hukum2 Islam ikut dalam Al-Quran....

sebab itulah negara Malaysia ini harus di tadbir oleh PAS supaya boleh tarik balik lesen kewangan untuk ah long kedai peminjam wang, sekarang ramai kaum cina dan india tahu hukum-hukum Islam ia hanya untuk umat Islam sahaja....

david ahmad muniandy berkata...

bukan ah long jer ada facebook
najib pun ada facebook gak

Tanpa Nama berkata...

Sama kita hapuskan ah long durjana dari mukabumi malaysia. kalau dapat kita tubuh death squad bunuh mereka semua