18 November 2009

ZAMBRY JANGAN MAIN SENTIMEN PERKAUMAN

Email : safarizal saleh

Kenyataan Media (16 November 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyelar kenyataan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir semasa merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Darul Ridzuan baru-baru ini agar kaum Melayu tidak diperlekehkan oleh kaum lain sebagai satu kenyataan berbaur perkauman dan tidak melambangkan hasrat Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang beriya-iya terhadap kempen 1Malaysia. Kenyataan tersebut jelas cuba merosakkan keharmornian yang telah sedia ada di dalam Negara kita.

DPPN Pk meminta supaya Datuk Seri Zambry jangan cuba mempertikaikan kontrak sosial yang telah lama termaktub dalam perlembagaan dengan merosakkan suasana harmoni yang ada di dalam Negara kita kerana cuba menyamakan keadaan di Negeri Perak di dalam isu ini. Perkara ini jelas tidak mencerminkan semangat perbezaan kaum yang ada di dalam Negara kita. Islam yang menekankan perbezaan bangsa ini sebagai satu kelebihan bagi semua pihak kerana memberikan peluang untuk kenal mengenali antara satu sama lain dan belajar untuk berkongsi dalam pembangunan insan.

DPPN Pk mendesak supaya Datuk Seri Zambry menarik kembali kenyataan beliau yang telah dibuat. DPPN Pk menasihatkan Datuk Seri Zambry jangan memainkan sentimen perkauman untuk meraih pengaruhnya yang semakin hilang dan di tolak oleh rakyat. Datuk Seri Zambry perlu menghormati kedudukan semua kaum di Negara kita yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

DPPN Pk meminta supaya Datuk Seri Zambry agar menghormati seluruh rakyat yang telah membuat keputusan mereka di dalam Pilihan Raya Umum ke – 12 tahun lalu. Wakil-wakil rakyat yang telah di pilih adalah mandat rakyat yang mahukan perubahan demi kepentingan Negeri Perak dan bukannya membenarkan UMNO merampas kuasa sepertimana yang telah mereka lakukan semata-mata kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa UMNO dan BN telah ditolak rakyat Perak.


DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

1 ulasan:

masuksuku berkata...

salam yb
sebenarnya si zambri haram ni membuat atau memperkatakan yang betul..yang selama ini di amalkan oleh kaum umno dan bee end.
iaitu menindas bangsa melayu melalui kaum lain dan khasnya kaum melayu sendiri di peringkat atasan..
mereka train polis contohnya untuk menindas terutama bangsa melayu dalam apa apa jua hal contohnya...
sebab bangsa melayu ini adalah bangsa yang dilahirkan untuk dibuli selamanya..dengan pembuli utama adalah melayu sendiri..

dan ayat si haram tu sebenarnya konon untuk kaum lain jangan usik dan perlekehkan melayu hanya kerana pihak umno bee end sendiri saja pun dah cukup untuk tujuan itu sebab depa tahu kaum melayu akan terus layu dikerjakan oleh mereka..

melayu ditakutkan dengan polis raja di malaysia..seruan rasuah di malaysia..(sprm)..isa..hanya untuk melayu terutamanya,,

masa mana nak bangkit..nak tunjuk perasaan..di bom..pancit air kimia..dipukul pakeda..

nak dengar ceramah ..permit di sekat..

apa pun melayu tetap di hina selamanya..