24 November 2009

Jumlah Penduduk Miskin di Kawasan Kediaman Etnik Minoriti China Menurun Lebih 25 Juta dalam Tempoh 10 Tahun Lepas

Dalam tempoh 10 tahun dari 1999 hingga 2008, jumlah pendapatan perkapita petani dan penternak di kawasan kediaman etnik minoriti China meningkat dengan ketara, dan jumlah penduduk miskin di kawasan tersebut menurun lebih 25 juta.

Demikian dinyatakan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Etnik Minoriti Negara semalam. Sejak strategi pembangunan bahagian barat dilaksanakan pada tahun 1999, kerajaan China mengeluarkan rangkaian dasar yang memberi manfaat kepada kaum tani. Kemudahan infrastruktur di kawasan desa dibangunkan, syarat pengeluaran dan kehidupan petani dan penternak juga diperbaiki. Pada 10 tahun yang lalu, jumlah pendapatan perkapital petani dan penternak di kawasan kediaman etnik minoriti meningkat kepada 3,389 yuan RMB pada tahun 2008 daripada 1,622 yuan RMB pada tahun 1999.CRI/-


1 ulasan:

david ahmad muniandy berkata...

dahulu ada seorang kawan jepun kilang sony hantar ke Malaysia untuk jadi pegawai bahagian mana dah lupa selama dua tahun, kilang sony mengupahkan dia gaji RM7,000 sebulan dan orang jepun kata gaji RM7,000 di negara dia sendiri adalah paling rendah hanya untuk pekerja pekebun sahaja...kalau di Malaysia RM7,000 adalah paling tinggi....