24 November 2009

Majlis memperingati tragedi jambatan runtuh Kuala Dipang

Setiausaha Agong PAS, Dato' Hj. Mustafa Ali diiringi oleh Pesuruhjaya PAS Perak dan ADUN Titi Serong sedang menyampaikan sijil penghargaan kepada Ketua PAS Cawangan Kuala Dipang, Othman Ngah.


TAPAH : Satu majlis memperingati Tragedi jambatan runtuh Kuala Dipang telah diadakan oleh PAS Kawasan Tapah dengan kerjasama Pas Cawangan Kuala Dipang pada 15 November yang lepas bertempat di Surau Al-Ikhlas di sini.

Turut hadir dalam majlis yang dianggap berjaya penganjurannya itu ialah Setiausaha Agong PAS, Dato Hj. Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Perak, Ust.Abu Bakar Hussain, Wakil Jawatankuasa Ad-Hock Tragedi ,YB. Drs. Khalil idfham Lim, Tim. Pengarah JPN Perak merangkap Timbalan YDP Kampar, Ust.Shuib Hussain, YDP Pas Kawasan Tapah,Sdr. Abdul Rahim b. Mohd. Noordin , Ketua PAS Cawangan Kuala Dipang, Othman Ngah, Wakil Unit Amal Negeri Perak, Unit Amal Tapah dan Ahli PAS dan Penyokong Pakatan Rakyat Kuala Dipang yang dianggarkan lebih dari 200 orang.

Selain itu Ibubapa dan kelurga mangsa turut diberi penghormatan dengan dijemput hadir dalam majlis tersebut. Semua keluarga magsa hadir terdiri dari En. Mageswaran, En. Vasudewan, En. Nathandan En. Visvalinggam ( yang mewakili salah seorang keluarga mangsa )

Dalam ucapan aluannya YDP PAS Kawasan Tapah,Sdr. Abd. Rahim Nordin merakamkan ucapan terima kasih pada Dato Mustafa Ali, Ust.Abu Bakar Hussein, YB Idham Lim , Ketua dan ahli PAS Kuala Dipang,Unit Amal Malaysia, Perak, Tapah dan semua warga penduduk Kuala Dipang yang datang khususnya kepada bapa dan keluarga mangsa tragedi yang sanggup hadir.

Drs. Khalil menyarungkan topi "PAS For All" kepada salah seorang bapa mangsa.

Anggota Unit Amal bergambar bersama ADUN Titi Serong dan Bapa mangsa.


Bapa ketiga-tiga mangsa yang diberikan peluang berucap turut mengucapkan terima kasih kepada PAS yang menganjurkan program itu. Selain itu ucapan terima kasih diberikan untuk unit amal, penduduk Kampung Kuala Dipang dan semua yang terlibat membantu operasi menyelamat tempohari.

Mereka meluahkan kesedihan kehilangan anak khususnya En. Mageswaran yg hanya ada anak tunggal perempuan seorang itulah tetapi sudah meninggal dunia akibat tragedi jambatan runtuh ini. Dengan nada sebak beliau meneruskan ucapan dengan harapan mahukan jawapan siapa yg bersalah dalam peristiwa ini.

Sdr. Visva Linggam yg berucap mewakili semua amat tidak menyangka Parti PAS boleh menganjurkan program seperti itu. "Bagi mewakili keluarga kami amat berterima kasih kepada pihak PAS dan Pakatan Rakyat, Unit Amal, penduduk Kuala Dipang dan semua yang terlibat dalam operasi menyelamat tempohari." Ucapnya.

Beliau juga menyarankan supaya sistem keselamatan semua jenis program yang melibatkan anak-anak kita terjamin. Beliau melahirkan rasa dukacita atas sistem keselamatan yng tidak diurus dengan baik dalam kejadian ini.

Pesuruhjaya PAS Perak turut merakam ucapan Takziah kepada kelurga mangsa semasa memberikan ucapannya, harapannya semoga Allah berikan kekuatan dan kesabaran menghadapi ketentuan Tuhan. Seterusnya beliau mengucapkan terima kasih pada semua yang terlibat dalam operasi menyelamat tempohhari khususnya penduduk kampung dan memberikan ucapan tahniah kepada PAS kawasan Tapah kerana menganjurkan program dengan jayanya.

Dato Mustafa Ali yang memberikan ucapan terakhir turut merasa simpati dan turut merasakan kesedihan keluarga mangsa yang kehilangan anak kesayangan mereka. Beliau berharap semua boleh bersabar dan menerima hakikat akan anak yg disayangi telah pun meninggal dunia dalam tragedi ini.

"Saya sempat dibawa melawat di tempat kejadian, walaupun bukan seorang Jurutera tetapi dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan pembinaan jambatan runtuh itu yang tidak mengikut spesifikasi sebenar. Ianya perlu disiasat dan mereka yang bertanggungjawab perlu didakwa dan dimaklumkan pada umum.' Jelasnya.

Beliau menceritakan siri penyelewengan dan rasuah yang berlaku dibawah pemerintahan umno dan BN seperti bumbung stadium yang runtuh di Terengganu.

Beliau mengharapkan Jawatankuasa Ad-Hock Pakatan Rakyat yang ditubuhkan yg dipengerusikan YB Siva Speaker sah Negeri Perak dengan bantuan tenaga pakar jurutera dari Kuala Lumpur akan dapat berperanan untuk membongkar penyelewengan tragedi Jambatan runtuh ini.

Selain itu beliau mengucapkan syabas kepada Unit Amal Malaysia khususnya dari Kawasan Tapah dan 2 orang pengawal keselamatan sekolah yang sanggup terjun menggadaikan nyawa untuk menyelamat 19 dari 22 mangsa

"Mereka ialah Sdr. Rosli B. Mohamad dan Ismail B. Ahmad yang telah berbakti dengan cemerlang dan mudah-mudahan akan diterima sebagai amal soleh." Umum Setiausaha Agong PAS itu sambil diiringi oleh laungan takbir dan menerima tepukan gemuruh dari hadirin.

"Saya mewakili seluruh pimpinan PAS berterima kasih pada semua yg terlibat khususnya penduduk Kuala Dipang yang memberi kerjasama yang baik kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam operasi menyelamat tempohari, syabas pada Unit Amal yang merealisasikan PAS FOR ALL atau PAS UNTUK SEMUA" Ucap Dato' Hj. Mustafa Ali.

Diakhir program Dato Mustafa Ali telah menyampaikan sijil kepada semua yg terlibat membantu menyelamatkan mangsa dan YB. Khalil Idham Lim telah menyampaikan sedikit bantuan kepada keluarga mangsa dan memakaikan topi PAS FOR ALL pada bapa mangsa.

Tiada ulasan: