24 November 2009

Menantu Nik Aziz letak jawatan

Menantu tokoh PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.

Beliau, exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini.

Surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan, katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.

Sementara itu, menurut media rasmi PAS, Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar ingin "menasihati" menantunya agar melepaskan jawatan tersebut.

Persetujuan itu dilaporkan diumumkan Nik Abdul Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin kanan PAS di kediaman rasmi menteri besar 10 pagi tadi.

Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din, Naib Presidennya Salahuddin Ayub dan Bendahari Agung Dr Hatta Ramli, laor Harakahdaily.net.

"Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Abdul Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan," laporan akhbar web itu dipetik. malaysiakini/-

11 ulasan:

Kuda Perang berkata...

Alhamdulillah, langkah yang patut dipuji, perletakan jawatan beliau itu mengurangkan beban-beban FITNAH yang ditanggung Kerajaan Negeri Kelantan. Kini beban-beban itu jatuh satu persatu..syukur kepada Mu Ya Allah.

Sebal berkata...

Salam, ucapan tahniah gue tujukan ke ariffahmi,,,bukan senang bro mau letak jawatan yg gaji beribu..tapi demi jemaah and kestabilan jamaah and negeri..terpaksa beliau d korbankan sebelum sampai hari raya qorban..

tak pa bro,,,insyaAllah akan ada kesenangan d sebalik kesusahan,,insyaAllah hidup mesti d teruskan..sentiasa happy walau dalam kesusahan..

Tanpa Nama berkata...

Seseorang tidak dapat dinyatakan bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Yang dituduh mempunyai hak untuk didengari dan hak untuk menerima keadilan. Namun disebabkan keputusannya dah jadi begini, persoalan seterusnya yang akan timbul "Siapa pula yang akan menjadi mangsa percaturan politik musuh?". Namun, kepada saudara Ariffahmi bersabarlah, ada hikmah di dalam semua peristiwa-peristiwa kebelakangan ini.

Raziq Najab berkata...

ALHAMDULILLAH SYUKUR,
AAF MELEPASKAN JUA JAWATAN YANG DIPEGANGNYA WALAUPUN DENGAN BERAT HATI, YANG PASTI PERMASALAHAN JAMAAH PASTINYA MENJADI RINGAN DENGAN KONTROVERSI YANG SEKIAN LAMA SERTA FITNAH DARI UMNO / BN YANG SEMAKIN MENGGILA...

DEMI PAS, KERAJAAN NEGERI DAN FAMILI
SYABAS AAF, CINTAKAN JAMAAH LEBIH DARI JAWATAN!
JANGAN SEPERTI KHAIRY JAMALUDDIN SENTIASA DALAM SUMPAH SERANAH MUSUH & KAWAN.

BUANG SIFAT MAZMUMAH YANG ADA, PEGANG SIFAT MAHMUDAH YANG DILUPA... REZEKI ADA DI MANA2!

david ahmad muniandy berkata...

takperlah apabila UBN jatuh habis semua kembalilah ke jawatan itu semula...habis cerita...dan mana2 pegawai bawahan sehingga atas dari jabatan pencegah rasuah yang tengah makan rasuah juga harus disiasat dan suruh mereka letak jawatan lepastu biar badan pencegah rasuah buat private company sendiri tiada hubung kait dengan kerajaan.

Abdullah Ngah berkata...

Beza dengan kes TOK GURU batal tunai haji atas sebab isu ditaja dengan menantunya meletakkan jawatan.

Tidak TOK Guru batal tunai haji suatu yang bijaksana. Tapi perletakkan suatu tindakan yang sangat silap besar.

Bukan setakat itu sahaja malahan imej PAS jtuh merundum, kerana nampaknya jelas gambar yang Ariffahami terbabit dengan rasuah.

Pada hal belum tentu dia terbabit, kerana baru sahaja disiasat oleh SPRM yang memang satu agensi yang jadi alat kerajaan UBN.

Inilah kelemahan kepimpinan PAS sejak dahulu hingga kini dan mudah percaya dengan tuduhan musuh.

Dalam hubungan ini Al Quran telah memberi panduan bahawa apa apa berita yang disampaikan oleh orang jahat misti dikaji dahulu. Check dhulu baru buat keputusan.

Buat keputusan juga kena bijak. Jangan pakai buat, cakap buat, tanpa ada kajian terlebih dulu.

Saya sangat sedih dengan sikap mudah percaya,sedangkan Islam mengajar kita tidak boleh percaya dengan doktor walaupun dia doktor pakar jika mereka itu kafir.

Kafir Adalah musuh Allah dan telah dinyatakan dalam Quran dengan nyata dan jelas. Tapi malangnya kita percaya dengan kafir,kecuali kafir zimmi.

Pembatalan Tok Guru tunai haji tidak akan jadi isu yang Tok Guru cakap tak serupa bikin. Tapi peletakkan jawatan yang dibuat oleh Ariffahami beri implikasi yang buruk kepada kerajaan PAS.

Dan Imje Tok guru turut terjejas, kerana mengarah menantunya berbuat yang boleh mengambarkan memang arif fahami semacam benar terbabit dengan kes yang berlaku sekarang.

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum,

tidak setuju dgn Abdullah Ngah..

Belum tentu perletakan jawatan AAF tanda beliau bersalah.

Lebih lagi nak mengatakan Pas atau TGNA terlalu ikut rentak musuh.

Ini adalah langkah yg berani dan positif dlm buktikan dia tak bersalah sbb elalunya orang dlm siasatan akan digantung kerja sampai siasatan selesai.

Tapi pimpinan Pas cadangkan AAF letak jawatan pd TGNA. Ini yg paling baik sbb fitnah ini besar dan musuh akan sentiasa kaitkan pd TGNA.

Langkah ini ibarat serampang dua mata..strategi..ada kala utk kedepan perlu ambil langkah kebelakang..

1st utk tenangkan fitnah
2nd musuh dah kalah sbb tak sangka AAF akan letak jawatan (i.e. jgn harap klu ini berlaku pd BN biar pun telah dibuktikan salah)

Bila siasatan selesai dan insyaAllah AAF tidak bersalah, PAS / TGNA boleh lantik semula AAF...kat sini baru kita ramai2 "kickdfella"..

Syabas pd PAS dan semoga fitnah ini tidak mengganggu kesihatan TGNA

regards, NR

Abdullah Ngah berkata...

Pentadbiran bukan macam kanak kanak main pondok pondok. Boleh letak jawatan dan dimasukkan semula.

Ini menunjukkan tidak ada konsisten dalam pentadbiran.

Kanak kanak boleh buat begitu, tetapi pentadbiran ada skilnya, termasuk membuat keputusan.

Dalam islam keputusan mesti buat melalui "syura" dan sangat tidak patut dibuat sendirian ikut suka atau ikut pandai.

Demikian juga cakap. Jangan sebarangan bercakap. Ia ada garis panduan yang telah ditetapkan.

Apa lagi soal pentadbiran. kena skil Islam. Lantik orang tidak layak masuk neraka.

Buang orang layak dan tidak bersalah juga ada hukumnya.

Jangan buat apa yang Allah larang semua sedia maklum tapi sewenng wenangnya ada yang langgar kerana hendak jaga manusia.

Mana lebih utama, jaga manusia atau jaga agama. Allah segala galanya.

Tanpa Nama berkata...

My highest respect to TGNA for taking the right action. Of course, TGNA would have sought for supporting evidence on the allegations made before he made his decision. Still, its only an allegation, and the alleged has his right of defence. Ariffahmi's resignation is not conviction. Its only a right step forward.
Habib RAK

Tanpa Nama berkata...

hello....dia tak dibuang keje...dia letak jawatan....

pandai plak konon nak ambil orang keje/ buang keje ikut hukum Islam....

apsal plak ada orang yg terlebih2 ni?

Tanpa Nama berkata...

macamtulah apabila berniaga tak jadi kata orang buat