22 Disember 2009

AJK MASJID: UMNO TIDAK LAYAK JAGA MASJID

4 Muharram 1431H
Kenyataan Media (21 Disember 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) membantah pendedahan yang telah dilakukan oleh Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Slim yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berkaitan isu perlantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid yang ditimbulkan olehnya baru-baru ini.

Dengan pendedahan Dato’ Khusairi tersebut jelas bahawa UMNO telah menyusun perlantikan AJK Masjid yang telah diluluskan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Perak (MAIMPk) awal bulan Ogos tahun ini.

UMNO jelas telah menjadikan Masjid sebagai medan politik dengan meletakkan proksi-proksinya sebagai AJK tanpa melihat kelayakan sebagai AJK Masjid dan telah menderhakai titah Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak supaya Masjid yang sepatutnya menjadi alat penyatuan dan bukannya perpecahan.

Usaha UMNO ini jelas untuk menganjurkan perpecahan di dalam Masjid kerana isu perlantikan AJK Masjid jelas mencampuri bidang kuasa Agama Islam yang Seri Paduka Sultan Perak dan Raja Muda Perak sebagai ketuanya.

DPPN Pk dengan ini membantah perlantikan AJK Masjid yang bersifat kepartian dan mendesak supaya perlantikan ini dikaji semula. DPPN Pk meminta supaya sistem perlantikan AJK Masjid ini diserahkan kepada kariah atau jamaah yang menentukan siapakah yang layak mentadbirnya.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

12 ulasan:

Ayiem berkata...

Memang tak LAYAK,apa yang layaknya,orang gi solat maghrib Pengerusi masjid masih duk melanguk tepi sungai memancing,orang solat subuh,puak-puak 'sangat celaka' nih masih berdengkur dalam selimut....

UM-no tak berminat nak jaga masjid,cuma berminat nak sekat orang PAS dari menguasai masjid.

UM-no akan mampus sendirian tanpa ada yang jenguk nanti,walaupun dari bekas kawan sekongkolnya dalam be END....

stones berkata...

Ayiem aku sokong hujah anda ..
Ajk umno hanya mahu jawatan tetapi solat atau majlis pengajian batang hidung pun tak nampak..
bila jadi ajk masjid peranan mereka sekat ustaz2 yang mengajar ilmu yang tak selari dengan kerajaan..

Tanpa Nama berkata...

ini jelas, masjid taqwa, teluk intan, kalau waktu solat, ajk UBN payah nak nampak muka, kalau ada aktiviti yang boleh menonjol diri masing-masing, timbullah mereka, walaupun dah tenat boleh sampai

Unknown berkata...

ya juga..UMNO dia tau buat masjid banyak-banyak tapi orang-orang dia tak mau gi masjid..Kot ada pun tak ramai mana, pastu dia marah orang-orang masjid yang dia bina tu tak sokong/undi UBN tapi pro-PAS, PR...hehe..pastu sekat sana sini. Kuasa Pengerusi & AJK masjid dia nak kaut jugak? Sampai ceramah agama pun nak tengok ustaz tu pro apa? hehe..punya bacul..orang mana selalu pegi masjid depa tu ler kita harap jaga masjid..tak kira mana parti sepatutnya...kebetulan ramai pro PAS,biarlah depa jaga masjid. Ate, mana pegi orang UMNO tak pegi masjid & tak jaga masjid selama hari ini?

Tanpa Nama berkata...

surau/masjid seluruh wilayah persekutuan,di mestikan menamakan 3 orang amno dalam AJK surau/masjid ,arahan dari atas katanyer,baru perlantikan boleh disahkan..ramai anak khariah bantah,sampai sekarang pelantikan AJK untuk 2009/2011 masih belum dapat dikeluarkan...gara2 amno, ya amno..

tanjong tualang berkata...

Disokong lagi,ajk masjid ditempat teman.ramainya tak pernah datang ke masjid.perangai atau moral huh..dahshat,tp yg lebih serius lagi ada diantara ajk kaki nombor ekor kaki pergi siam.alahai..kasian pengurusi masjid tanggung babi hidup.pengurusi pun baru sekarang pandai pakai jubah.kesian juga untuk ketua bahagian umno,terpaksa!!terima walau pun itu kaca.

Unknown berkata...

http://khusairitgmalim.blogspot.com/2009/12/isu-masjid-jawapan-kepada-pemuda-pas.html

Tanpa Nama berkata...

terimakasih YB & kepimpinan PAS Perak kerana prihatin terhadap nasib umat Islam Perak & secara tidak lansung memberi respon terhadap ulasan saya tempoh hari.

MC_Shaharul berkata...

mmg btl mcm kt tempat aku ajk2 masjid nie punyela banggang,imam kt tmpt aku berkhutbah diaorg duk belakang bersembang,pastue duk kata2 kat imam tue,imam kt tmpt aku tue mmg keras skit,dia klu khutbah dia akan msukkn tentang pemimpin2 yg zalim dan mcm2 lg,tp dia berkhutbah berdasar ayat2 al-quran dan hadis bkn main hentam jer..besoknye kene lapor diri kt balai polis,la nie tggl la imam2 tua umno yg nk naik atas mimbar pn ketaq2,khutbah yg dia smpaikn tentang kebersihan la apa la,yg ajk2 umno nie bila ada pengajian haram x pnh pi pn,bila org nk buat pengajian kt situ bg,bayangkn masjid daerah yg dpt peruntukan besar2 mcmtue program nk mengimarahkn masjid pn disekat,ape nk jd la umno NGOK nie..

BumiPerak berkata...

Firman Allah SWT : "Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk". Surah At-Taubah, ayat 18

Tanpa Nama berkata...

to khusairi talib:

saya dh baca jwpn YB dlm hal ni dlm blog post yg YB sertakan.. jawapan yg YB bagi sama je mcm jwpn yg saya dgr bilamana UMNO cuba nk menguasai masjid di kampung saya pd satu ms dulu. dan saya nk YB tau, kes tu jd ketika sy berumor 12 tahun..isu org PAS mempolitikkan masjid, menyebarkan dakwah PAS di masjid, menghentam kerajaan di mimbar2 khutbah bkn lah satu isu baru yg dibangkitkan UMNO, dan UMNO sentiasa constant dgn alasan2 ni menyalahkan PAS bg menghalalkan tindakan mereka..saya mengharapkan YB memberi satu hujah yg laen yg lbih bernas, rasional, dan dapat diterima oleh semua, bkn jwpn2 yg klise mcm ni..asyik menyalahkan org PAS. saya ada beberapa soalan kt sini utk YB Slim jawab ng penuh jujur:

1.) dalam setiap kuliah harian, mingguan, bulanan yg di adakan di masjid, berapa kalikah kekerapan org UMNO akn dtg utk mendengar para ustaz yg dijemput utk baca kitab?

2.) Dari mana YB Slim dpt sumber yg mengatakan PAS mempolitikkan masjid? adakah dr org ramai? siapa pihak yg mengadu? apa bukti kesahihan mereka? adakah YB yakin yg mengadu itu mendengar sendiri melalui telinganya perkara spt itu, bkn dr mulut ke mulut?

3.)pernahkah YB mengikuti sendiri sebarang program pengajian, ijmak kitab kuning, kuliah2 Hadis dan tafsir yg diadakan di masijd2?jika YB pnh, brapa kali YB pegi?

4.) jika YB menyalahkan org PAS mempolitikkan masjid, apakh YB tersangat yakin yg UMNO tidak mempolitikkan masjid?

5.) pernahkah YB slim dan UMNO menilai prestasi pergerakan dan perjalanan serta program mengimarahkan masjid di bwh seliaan org UMNO sendiri?

6.) di tempat saya, dari pengerusi smp ke ajk semua org UMNO, kecuali Imam,3 drpd 4 0rg, ng tok siak n bilal je PAS. tp tau kah YB sape yg menjaga Masjid? taukah YB brape kerap org2 UMNO yg pgg jwtn di msjd kg sy ni dtg berjemaah di masjid? taukah YB, sorg Imam UMNO di tpt sy ni, nk dtg bertugas mengimamkan solat fardhu pon susah? pd hal rumah xjauh, sihat,berkemampuan,berkereta.

7.)kenapa YB dan UMNO begitu risau kalo org PAS mengajar perkara2 yg melibatkan siasah(pemimpin yg zalim, yg menolak al quran,korup,rasuah,menindas dll) di masjid2? apakah UMNO nk pisahkan politik dr Islam? kalo btul, mknanya btul lah UMNO ni mengamalkan Islam sekular, jd UMNO lah mempolitikkan agama dan masjid.xgitu YB slim?

8.)pernah x YB turun dgr pengajian kitab2 kuning, hadis2,tafsir di masjid2 or surau?brape kali YB pegi?

9.) penah x YB semak, dan baca kandungan kitab2 kuning tersebut sblm membuat tuduhan PAS mengajar politik di masjid?

10.)knp YB x mintak UMNO haramkan terus kitab2 kuning dan hadis krn mengajar ummah celik siasah dan hukum hakam?

saya mohon sgt YB slim menjawab 10 soklan sy..sy xpost komen di blog YB, krn di sini lebih mudah utk post komen..

dan lagi satu saya nk YB tau..saya pnh mengikuti kuliah agama anjuran ajk UMNO (dh tentu silibus pon ikut UMNO) di kg saya..kalo YB nk tau ajk UMNO buat kuliah agama, setakat mengajar sifat 20, tajwid, bab bersuci, wudhu',istinjak, haidh, nifas, solat..pastu bila dh hbs, akan diulang2 tajuk tu smp xde org lg yg dtg nk dgr..

from: anak perak

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah Ya Tuhanku, bukalah pintu hati orang2 Umno ni supaya mereka faham ttg AKIDAH dan akan adanya hari pembalasan di akhirat nanti dan kenal sifat2 org Munafiq yg ada pada mereka dan aku mohon padamu ya Allah agar mereka ni rajin ke Masjid untuk solat berjemaah serta mengikuti pengajian dan bukan hanya nak merebut jawatan sahaja Ya Allah, amin...