10 Disember 2009

Isu Ariffahmi: Tuan Ibrahim Tak Setuju Dengan Mahfuz

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Semua pihak diminta supaya tidak mewujudkan 'tekanan baru' kepada Abdul Ariffahmi Ab Rahman berhubung soal peletakan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu peletakan jawatan Abdul Ariffahmi tidak seharusnya diperdebatkan oleh 'orang luar'.

Beliau sekaligus tidak bersetuju dengan gesaan seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar supaya Abdul Ariffahmi segera melepaskan jawatannya iaitu lebih awal dari tempoh tiga bulan yang diumumkan sebelum ini.

"Janganlah wujudkan satu lagi tekanan kepada Abdul Ariffahmi, orang luar sepatutnya tidak mencampuri urusan ini," katanya kepada mStar Online.

Akhbar hari ini memetik Mahfuz sebagai berkata bahawa menantu Menteri Besar Kelantan itu wajar dengan segera meletakkan jawatannya bagi menepati semangat dan matlamat keputusan pimpinan PAS Pusat berhubung kedudukannya dalam PMBK.

Kata Tuan Ibrahim lagi, semua pihak perlu memberi kepercayaan kepada kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelesaikan isu tersebut.

"Memandangkan isu ini melibatkan hal ehwal kerajaan Kelantan, jadi eloklah kita beri sepenuh kepercayaan kepada Tok Guru (Nik Abdul Aziz) untuk menguruskannya.

"Saya yakin isu ini boleh diselesaikan mengikut landasannya," kata beliau.

Tambah Tuan Ibrahim, beliau percaya, Abdul Ariffahmi memerlukan masa untuk menyempurnakan tugas-tugasnya di perbadanan itu.

"Persetujuan beliau untuk meletak jawatan itu juga satu pengorbanan yang besar buat dirinya... kita perlu ambil kira perkara itu semua.

"Mungkin beliau perlu selesaikan banyak perkara, bagilah masa kepadanya, biarlah perkara ini diselesaikan mengikut proses yang teratur," katanya.

Abdul Ariffahmi yang berkhidmat selama lapan tahun di PMBK dilantik sebagai CEO pada 20 September lalu.

Sebelum itu beliau merupakan Ketua Pegawai Operasi PMBK.

Bagaimanapun pelantikan Ariffahmi ke jawatan CEO telah mencetuskan kontroversi amalan nepotisma dalam PAS selain kemelut dalaman PMBK yang dikaitkan dengan soal salah urus tadbir dan kewangan.

Kemuncak kepala segala kontroversi ini ialah apabila seorang bloger terkenal yang juga pegawai perhubungan korporat PMBK, Syed Azidi dipecat daripada jawatannya setelah timbul cakap-cakap yang mengaitkan beliau sebagai punca siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas sayap pelaburan Kerajaan Negeri Kelantan itu.

Sehari selepas dipecat, Syed Azidi@Kickdefella telah memanggil satu sidang akhbar dan mengisytiharkan 'perang' ke atas Ariffahmi dengan memberi amaran yang beliau akan terus mendedahkan kepincangan pentadbiran di bawah menantu Nik Aziz itu.

Selepas menerima pelbagai desakan dan kritikan akhirnya Nik Abdul Aziz selaku Pengerusi PMBK dan juga atas nasihat kepimpinan PAS Pusat telah meminta Ariffahmi melepaskan jawatannya di PMBK.

Bagaimanapun kontroversi berhubung kedudukan beliau tidak tamat dengan peletakan jawatan tersebut kerana ia hanya akan berkuat kuasa pada 25 Mac 2010. Ariffahmi mengemukakan notis berhenti tiga bulan.

mStarOnline/-

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KA2
saya pengikut setia pas.tapi saya nak beri pandangan yang menentang.Pemimpin selain dari dua tok guru ni tak patut sangat2 dengan mudah mengeluarkan pandangan atau pernyataan yang menyusah jamaah pas.Seperti mahfuz dan khalid samad. Kita jangan mudah celupar mulut.Umno dan musuh pas sentiasa menganga mulut untuk membuat isu.Bukankah kita dalam pas ni sahabat dalam jamaah belaka.Hati sahabat dan maruahnya kena jaga.Kita jangan mudah memberi komen!Kan baik kita talipon terus kepada individu tersebut.Lebih baik yb maffuz talipon terus kapada Arifahmi.Banyak dah pemimpin pertengahan pas mudah sangat mengeluarkan kenyataan bila pemberita bertanya.Kita kena hati2.Benda kecil pun umno ambil kesempatan menjadikan isu.Benda2 remeh ni pun pemimpin terpaksa selesaikan!Ada lagi benda berat yang pemimpin yang hendak selesaikan. Ingatlah pemimpinku! kita jangan mudah sangat membuat kenyataan terbuka yang menyentuh ahli jamaah.Kita semua ini sahabat dalam jamaah islam. Kita kena sayang sahabat kita.Ambil lah contoh sahabat2 nabi Mohd SAW.Mereka tidak melukakan hati antara satu sama lain.Apa yang kita buat dan cakap di soal oleh Allah di alkhirat!Apa lagi cakap kita yang melukakan hati sahabat seperjuangan!Kita mesti sembahyang berjamaah termasuk jamaah subuh.Lepas sebahyang subuh berjamaah,buatlah tazkirah.Maka hari2 kita dapat dengar tazkirah dan peringatan Allah!Maka kita akan berhati2 kerana segala kerja buat kita, kita terasa Allah melihat kita! Maka tak mudahlah kita mengeluarkan kenyataan yang mengecilkan hati sahabat seperjuangan kita.Berdosa kita kalau sahabat itu merasa kecil hati dengan sebab kenyataan kit!Ingatlah wahai pemimpin! Kami sayang anda! Anda ada kelebihan! Gunakanlah jangan sampai mengecilkan hati sahabat seperjuangan! Setakat ini dulu,Akan menysul kemudian.Semoga Allah meredhai apa yang saya tulis!Amin.

Tanpa Nama berkata...

fikir positiflah....tentu ada sbb...mungkin memang kena notis 3 bulan....mungkin ada kerja/usrusan dia kena selesaikan dulu sbb dah tanggungjawab...
tak timbul isu nepotisma...sbb Ariffahmi tu ada kelulusan dan layak utk jwatan itu.....lagipun PMBK tu bukan badan yg buat keuntungan

Tanpa Nama berkata...

Dah termaktub di dalam perlembagaan notis perletakan jawatan bagi jawatan-jawatan penting adalah 3 bulan. Kalau pekerja biasa boleh la di buat notis sebulan.

Manalah Ariffahmi nak cekau beribu ringgit nak dibuat pampasan kalau nak buat notis 24 jam. Sudahlah di kehilangan pendapatan, berhenti sukarela demi parti, bukan dia dibuktikan bersalah pun. Nak harapkan TGNA, bukannya dia ada duit pun. Ahli keluarga dia pun bukan kaya sangat. Lain la pemimpin UMNO/BN, boleh cekau sana-sini.

Memandangkan isu ini dibangkitkan oleh saudara Mahfuz, sudi kira saudara Mahfuz membayar wang pampasan kepada PMBK, supaya Ariffahmi boleh meletakkan jawatan serta merta.

Tanpa Nama berkata...

sepatutnya mahfuz tidak mengeluarkan kenyataan bodoh seperti itu.. yang tidak layak pun untuk dikeluarkan oleh seorang naib presiden pas.. hati-hati bila mengeluarkan kenyataan.. jangan berlagak bila dah jadi naib presiden pas.. janganlah pula rasa hotmat kami kepada mahfuz hilang...

macho berkata...

sbb anda bergelar Dato' anda boleh mengeluarkan kenyatan macam 2 ??? gelaran dunia tiada apa2...insaf lah wahai Dato' Mahfuz...

Tanpa Nama berkata...

memang benar,semenjak kebelakang ni ada sesetengah
pemimpin PAS yang pantang sekali jumpa media,mudah aje nak bagi kenyataan, macam gila publisiti aje, kadang-kadang naik menyampah dengan mereka ni.Suka
berurusan dengan talibarut setan.{WARTAWAN PRO...]

Tanpa Nama berkata...

Isu proses perletakan jawatan Ketua Eksekutif PMBK tidak seharusnya diperasakan begitu rupa oleh segelintiran pimpinan PAS seperti kenyataan sdr Mahfuz. Pengakuan Ariffahmi untuk meletakkan jawatannya sudah memadai ada kekuatannya.

Lantikan beliau dulu bukan kehendaknya tetapi kehendak kerajaan Kelantan yang kebetulan dipimpin oleh Bapa mertuanya dan jika dinilai dari segi beberapa kenyataan bukan MB sahaja yang melaksana perlantikan malah kehadiran SUK, Penasihat Undang-Undang dan lainnya turut serta.

Jangan tergesa-gesa kerana yang riuh rendah itu bukan fakta salahlakunya tetapi pada pandangan kami berpunca dari insan yang bergelar 'kickdefella' mungkin takpuas hati atas pemecatannya tetapi beerlagak dia sahaja yang pandai.

Awas pimpinan PAS ada musang berbulu ayam sudah tentu tak tahu berbudaya ayam bulu nampak ayam tapi muka dan perangai tetap musang.

Kalau kita nak orang hormat kita berilah sikit masa dan belajar hormat hak dan keperluan orang jangan tergesa-gesa macam Sultan Melaka memcat dan menghukum Hang Tuah..! nanti ada suara menzahirkan perkatan seperti 'Kalau lah ada Tuah takkan Melaka menjadi sebegini'. Boleh juga diumpamakan nanti yang kata macam tikus membaiki labu.

Semasa Panglima Islam Khalid ibni walid dipecat oleh khalifah ketika mengetuai peperangan khalid menyelesaikan dulu urusan peperangan baru dia serah dengan sempurna kepada panglima yang mengambil alih. Ketelitian sebelum menyerah sesuatu dan penerima menerima sesuatu juga perlu teliti supaya yang diserah itu betul dan yang menerima juga betul. Harap Mahfuz jangan pekik sangat dengan anak 'Muda Tu'. Kita yang tua elok jadi pembimbing. Anak muda tu bukan buat salah besarpun cuma dihadir dalam budaya dan perspsi yang berlainan. Dulu dimasa pemerintahan Khalifah Omar yang tekenal adilpun terdapat anak dan anggota keluarga yang menjadi orang kanan dan mereka dapat melaksanakan misi dengan penuh taqwa.

Hormatlah juga TGNA selaku MB dan yang memperkenan melantik anak muda tu. Bukankah TGNA tu pemimpin yang dihormati. Ingat kalau kita tidak menghormati saudara kita siapa yang nak hormat lagi...! Kita nak surauh UMNO?...

Renunglah dengan makrifat...pandailah bawa diri bersama senjata dan jangan halakan senjata kepada pasokan sendiri...semua orang tahu Mahfuz pejuang yang hebat tapi jangan dengan kehebatan membunuh pasokan sendiri...!

Tanpa Nama berkata...

tuan ibrahim tuan man sepupu dengan nik abduh.nik abduh anak tgna.anak beranak bela anak beranak..pakat pakat anak raja jembal

Tanpa Nama berkata...

kalau benar ini dari mulut mahfuz, maka tak sepatutnya mahfuz buat begitu, dah tok guru nik aziz sdg di serang umno bertubi2, ni mahfuz pun nak serang gak walaupun pd arif fahmi, dah tentu tok guru dah bincang masak ngan arif fahmi pasal perletakan jawatan tu.

boleh talipon jer terus kat ariffahmi, mcm kami duk buat kat bawah ni sbg pemimpin cawangan jer...

kami selalu ajak gi kedai kopi utk bincang bg selesai masalah, tak kan mahfuz tak leh buat mcm kami kot

Tanpa Nama berkata...

adakah anda semua masih bersikap setoleransi begini andaikata sdr ariffahmi ini menantu kepada PM Najib?....cubalah sesekali jujur.
sebelum ni kita berteriak menentang kronisme...tapi bila pemimpin sendiri yg berbuat begitu...kita halalkan dengan seribu alasan...dimanakah prinsip anda semua?...bukankah yg kita kata salah dahulu(kronisme)...masih juga sesuatu yg salah kini...renung2kan lah saudara sekalian...yg salah tetap salah

Tanpa Nama berkata...

top mgmt corporate level kalau dah jadi publisiti umum kata nak berhenti sbab ada konflik...jangan tunggu terus je berhenti, ingat dia ni kerani ka siap ada notis pelbagai..saya sokong kenyataan mahfuz.

Tanpa Nama berkata...

faham ke tidak maksud kronism tu....tak jadi kronism klu betul dia layak utk jawatan tu...tak kiralah menantu sape...
lain lah klu amik menantu yg tak layak...
kerani nak berhenti kerja notis?....org klu tak pernah kerja memang tak tahu erti notis...

Tanpa Nama berkata...

yang patut kita renungi adalah kesilapan diri sendiri...apakah kita harus menunding pada orang lain untuk menyelesaikan setiap maslah pada kita...emph dah perangai manusia akan menyalahkan sesuatu bila terjadi suatu kesakitan padanya...cilaka batu nie..padahal kita yang melanggarnya...batu juga yang bermasalah...bukalah minda