23 Disember 2009

PR akan realisasikan jalan ke Putrajaya - Chua Jui Meng

5 Muharram 1431H

KULIM, 21 Dis: Hasrat Pakatan Rakyat (PR) merealisasikan impian untuk menakluki Putrajaya akan menjadi realiti sekiranya kerjasama dan kesatuan yang sedia ada dipertahankan setelah mendapat kepercayaan rakyat.

Menurut bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng, kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat dalam pilihan raya yang lalu harus menjadi platform dan landasan untuk menambat hati rakyat dengan melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diharapkan oleh mereka diperjuangkan oleh PR.

(Gambar: Datuk Seri Chua Jui Meng disambut ketika hadir dalam majlis makan malam anjuran PKR Padang Serai.)

"Saya yakin PR tidak gentar untuk berhadapan dengan mana-mana calon yang diletakkan oleh Barisan Nasonal (BN) dalam mana-mana pilihan raya yang diadakan kerana rakyat sendiri sedar dan inginkan pembaharuan dilakukan dalam negara.

"Saya tidak lupa semasa saya berada dalam MCA, PR berhadapan dengan kritikan hebat daripada BN kerana ketiga-tiga parti dalam PR tidak bersatu dan membawa hala tuju masing-masing.

"Namun begitu setelah mereka disatukan dalam satu Pakatan maka pengaruh yang ada pada mereka semakin kuat. Rakyat semakin optimis untuk memberi sokongan kepada PR untuk membawa perubahan dalam sistem pemerintahan negara," katanya.

Menurut beliau lagi usaha harus ditingkatkan oleh PR untuk menjadikan impian menawan Putrajaya menjadi kenyataan.

"Saya ingin menegaskan disini sekiranya BN dan kerajaan yakin bahawa dengan dakwaan serta cubaan mereka untuk menangkap Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mematahkan semangat yang ada dalam pimpinan dan penyokong PR dan akan melumpuhkan sama sekali PR, ini adalah satu prasangka yang silap. PR tidak akan berpecah.

"Kita juga akan mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta mempertahankan dakwaan tentang isu rasuah keatas Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sengaja digembar-gemburkan oleh BN bagi mencapai hasrat mereka untuk memesongkan pemikiran rakyat yang sedia menyokong PR," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis Jamuan Makan Malam sempena 10 tahun Parti Keadilan Rakyat (PKR) anjuran PKR Padang Serai di Kulim, Kedah.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan serta kepimpinan PR Negeri Kedah.

HarakahDaily.Net/-

2 ulasan:

Abdullah Ngah berkata...

cakkap boleh sahaja, itulah inilah,Apabila ada peluang untuk ke putrajaya habuk pun tak ada,

saya lihat ahli parlimen PAS pun tidak amanah. Kalau mereka amanah mengapa ponteng dewan?

Macam mana hendak memerintah negara jika takamanah.

PKR memang terdiri daripada mereka yang tidak amanah, sebab itu apabila ada peluang untuk tumbang kerajaan BN mereka tak berbuat demikian,

Kalau naka anak ponteng sekolah kita marah.apabila kita ponteng dewan senyap, Pada itulah titik tolak yang harus dilaksanakan

Yang pelik Anwar dan Haji hadi dan Lim kit siang sudah dapat hidu bau, malangnya tidak kerah anak buahnya melakukan serangan beramai ramai untuk kedewan.

Malangnya ada yang jawap kurang sihat dan yang paling melang lebih penting keluar negara daripada agenda untuk menuju keputra jaya.

Demikianlah ppada mereka yang tidak amanah dan penting diri sendiri setelah menang dalam musim pilihanraya. apa semua ini dan apa akan jadi jika ada peluang tidak direbut. macam mana boleh jadi begitu.

peluang sudah ada didepan mata malangnya tidak ambil dan rebut peluang itu.

AwangBalak berkata...

KALAU BERLAKU ITU HARI
AKAN RAMPAS BALIK
JADINYA MAKIN KACAU

YANG MOLEKNYA
WALAUPUN
PR MAJORITI
BAGI BN JUGA PERINTAH

MACAM MAIN GOLF
WALAUPUN BOLA MASUK LONGKANG
KD AMBIL BOLA LAIN
TARUK ATAS GREEN

ITU MACAM LAH
TAHU KERJA PUNYA ORANG