29 Januari 2010

Adun Sura rai pelajar cemerlang PMR 2009

13 Safar 1431H

DUNGUN, 27 Jan: Penyampaian sumbangan penghargaan sempena kejayaan pelajar dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sura bermula di Kampung Tanah Lot, kelmarin.

Seramai lima orang pelajar telah dikenal pasti oleh Jawatankuasa Pelajaran MTD Sura dengan kerjasama PAS cawangan yang mendapat kejayaan di dalam peperiksaan itu menerima sumbangan yang disampaikan oleh Adun Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli.

Lima orang pelajar cemerlang PMR 2009 dari Kampung Tanah Lot terdiri daripada Nurul Akmal Yusof yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Dungun, Nurul Insyirah Mamat Azlan (SMK Agama Kuala Abang), Mohd Nuh Danial Rosdi (SMK Mak Lagam), Nur Farahin Syahirah Mohd Musa (SMK Seri Dungun) dan Lim Jie Ying (SMK Sultan Omar).

Sumbangan yang diberikan tanpa mengira fahaman politik dan perbezaan agama dan kaum itu yang bermula sejak dua tahun lalu disampaikan sendiri oleh Adun berkenaan di rumah masing-masing.

Wan Hassan yang juga Yang Dipertua PAS kawasan telah mengunjungi dan bersua sendiri dengan para pelajar bersama keluarga mereka semasa menyampaikan sumbangan itu.

Selain mengucapkan tahniah di atas kejayaan yang dicapai, beliau sempat bertanya khabar serta memberi penerangan kepada keluarga pelajar terhadap sebarang isu semasa yang berlaku sama ada di peringkat negeri mahupun nasional.

Harakahdaily.net/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam, YB copy paste dalam blog batu gajah mari..berita DS Nizar ceramah di Batu Gajah dgn HEro Tamil Sivakumar.Banyak isu ..isu tempatan dan negara