29 Januari 2010

Nik Aziz Kutuk Perbuatan Lontar Kepala Babi

13 Safar 1431H


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengutuk tindakan pihak yang melontar kepala babi hutan di dua masjid di Lembah Klang semalam.

Beliau berkata, semua agama tidak boleh menerima perbuatan seumpama itu kerana ia bukan budaya rakyat negara ini.

"Perbuatan mereka yang cuba membakar dan melemparkan sesuatu yang haram dari segi agama di rumah ibadat adalah perbuatan tidak bermaruah dan dikutuk oleh semua agama," katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis meraikan ketua-ketua agama yang diadakan di sini hari ini..

Beliau diminta mengulas mengenai kejadian dua bungkusan kepala babi di lontar ke dalam kawasan Masjid Imam At-Tirmizi di Sri Sentosa dan dua lagi di Masjid Jumhuriah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya.

Ketua Kesatuan Agama Kristian Malaysia, Bishop Ng Moon Hing turut mengutuk perbuatan tersebut.

"Walaupun tidak diketahui apakah agenda yang tersirat di sebalik perbuatan itu, namun ia tetap dikutuk oleh semua penganut agama," katanya.

9 ulasan:

abe MIE 'TERJAH' berkata...

Nik Aziz sekarang banyak menghabiskan masa mengutuk-kutuk sahaja, kenapa agaknya?

pkrpasdap.blogspot.com

Prof. Era Pasca berkata...

abe mie mak ko ajar mengutuk?

Awanama berkata...

kalu dah bungkus kemas gitu.. logiknya org Islam gak yg buat.. malas nak samak?.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

apa nak jadi mana tindakan pihak yang tak mandi wajib ni eh silap ...

Awanama berkata...

Buat abe mie..ko ne x terasa ka nk hormat pada tok guru ka..jgn main panggil nama ja..tok guru seorang ulamak..bagamaimana kita nak mengenali nabi??zaman skng ne kita lihat pada ciri2 ulamak..ulamak adalah pewaris nabi..so ko kena hormat ulamak tuan guru nik aziz..

Awanama berkata...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Allahumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahim, wa'ali ibrahim, Wabarik `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama sallayta `ala ibrahim, wa'ali ibrahim, fil alammin innaka hamidun majid

Astafirullahhalazim, Astafirullahhalazim, Astafirullahhalazim,

Ya Allah janganlah engkau biarkan kami dikedudukan ini diselubungi dosa kecualiI engkau ampunkan, sebarang halangan kecuali engkau lepaskan, sebarang hutang kecuali engkau tunaikan, sebarang penyakit kecuali engkau sembuhkan, sebarang kezaliman kecuali engkau menangkan, sebarang hajat daripada hajat-hajat duniawi dan ukhrawi kecuali engkau permudahkan dan tunaikannya, ya rabbalalamin.

Ya Allah muliakan kedudukan Islam dan orang-orang Islam
Ya Allah bantulah Islam dan orang-orang Islam.
Ya Allah bantulah Mujahidin fi sabilillah di setiap tempat.
Ya Allah hancurkan kekufuran dan orang-orang kafir.
Ya Allah hancurkanlah syirik dan orang-orang musyrik
Ya Allah hancurkan MEREKA-MEREKA YANG MENGARAH, MERANCANG, DAN MELAKSANA PENGHINAAN INI DI RUMAH MU.
Ya Allah hancurkanlah MEREKA-MEREKA YANG MENCEMAR RUMAH MU DENGAN KEPALA-KEPALA BABI INI.
Ya Allah hancurkanlah musuh-musuh Engkau dan musuh Islam.
Ya Allah pecahkan pakatan, kumpulan,ikatan dan persetujuan mereka, gegarkanlah kaki-kaki mereka.
Ya Allah belenggukanlah mereka dengan anjing-anjingMu, YA Qahhar, Ya Jabbar, Ya Muntaqim Ya Allah.
Ya Allah yang menurunkan kitab, yang menggerakkan awan, yang menghancurkan tentera Ahzab, hancurkanlah mereka, hancurkanlah mereka, hancurkanlah mereka dan menangkanlah kami keatas mereka.
Ya Allah binasalah mereka semuanya dan jangan seorang pun engkau lepaskan.
Ya Allah kekuasaanMu mengatasi mereka sesungguhnya mereka tidak mampu melemahkan kuasaMu .
Ya Allah satukanlah hati-hati orang Mukmin dan perelokkan diantara mereka.
Ya Allah bukakanlah petunjuk dan kebenaranmu kepada kami dan masyarakat kami dan engkaulah sebaik-baik pembuka petunjuk dan kebenaran.

Amin, Ya Rabbalalamin.

Semoga Allah membalas akan perbuatan mereka.

Awanama berkata...

Ianya dilakukan oleh orang Melayu/Islam sendiri yang menjadi kuli upahan kepada puak-puak yang mahu menimbulkan huru-hara di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat. Modus Operandinya adalah hampir sama dengan kes bakar gereja dan kuil tempohari. Jika difikirkan logik takdak untungnya golongan minoriti (Kristian/Buddha) di Malaysia nak buat benda-benda mcm nie kat golongan yang lebih majoriti (Islam). Bertobatlah..

Awanama berkata...

buat abe mie:

nak kate bodoh kt ko ni pon boleh la gak..mengutuk tu bkn nye bermaksud menghina, mencaci, or memaki or -ve je..ko tengok la jugak pd struktur ayat sblm nk tafsir ape2 mksd perkataan tu..mengutuk kt atas tu bermksd sesuatu yg ditegah dan tidak diredhai di sisi islam. aku ingt display image ko je yg berupa beruk, rupa2nya minda ko pon same cm beruk, maen redah je. tak reti nk pikir dah.

bersyukur la org UMNO oi Malaysia ada org mcm Tok guru ni, kalo tak, dh lame Malaysia ni kena timpa bala tau tak? nk harap UMNO, asyik pikr dunia je, nasib baik ade gak org yg tolong ingtkn ttg akhirat. At least amar ma'ruf nahi munkar berjalan..

Anak Perak.

Awanama berkata...

ZALIM BETUL KESIAN BABI TU..
MACAMANALAH NASIB ANAK DIA
ATAU PUN MAK DIA
ATAU PUN BAPAK DIA