15 Januari 2010

Kenyataan Media : Keputusan Mahkamah Persekutuan, Nizar MB Perak yang sah??

28 Muharram 1431H

Merujuk kepada isu yang disebarkan melalui sms mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan yang berpihak kepada MB Pakatan Rakyat Perak, Ds. Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin, maka saya suka untuk memberi beberapa kenyataan media seperti dibawah ;-

1. Saya menafikan bahawa pihak Mahkamah Persekutuan telah mengumumkan bahawa siapakah MB Perak yang sah.

2. Namun begitu, pendengaran kes dihadapan 5 hakim pada 5hb November, 2009 telah pun telahpun lengkap dan habis bagi peguam dipihak MB Pakatan Rakyat dan MB Kudeta Perak, namun sehingga kenyataan ini dikeluarkan saya mengesahkan bahawa Ds. Nizar masih belum dipanggil ke mahkamah yang sama bagi mendengar keputusan yang telah ditentukan. Oleh itu isu dan berita angin siapakah pemenangnya tidak berbangkit.

3. Namun begitu, Pakatan Rakyat Perak mengambil sikap dan suka menghebahkan kepada umum dimana kami berpendirian bahawa besar kemungkinan keputusan adalah memihak kepada Ds. Nizar sebagai MB Perak yang sah, sehingga telah melebihi dua bulan masih tidak diumumkan oleh hakim mahkamah persekutuan. Satu tempoh yang begitu lama dan tidak munasabah yang diambil oleh hakim mahkamah persekutuan bagi menentukan siapakah MB yang sah menguatkan lagi jangkaan itu.

4. Selain itu sekiranya keputusan mahkamah memihak kepada Zambry, kenapakah ianya tidak diumumkan dan mengambil masa yang begitu lama untuk disahkan. Satu persoalan yang pada pandangan kami menyebabkan wajar timbul isu dan cakap-cakap yang mengatakan keputusan memihak kepada Ds. Nizar.

5. Kerana itu saya menyeru kepada seluruh penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat di Perak supaya terus mempertingkatkan usaha untuk menyusun seluruh kekuatan melalui semua jentera di semua Parti PAS, DAP dan PKR serta pada gabungan sekretariat Pakatan Rakyat di peringkat Parlimen bagi menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran DUN Perak.

6. Segala langkah yang perlu bagi memastikan semua calon Pakatan Rakyat yang bertanding menang adalah keutamaan yang mesti didahulukan. Seterusnya merialisasikan hasrat Parti dan rakyat untuk melihat Pakatan Rakyat kembali memegang tampuk pemerintahan di Negeri Perak yang kita cintai.

Kenyataan Media 14hb Januari, 2010
YB.Drs. Khalil Idham Lim
Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.



9 ulasan:

I-GuAna berkata...

Takbir...Allahuakbar..

IBAN MUSLIM berkata...

Kemenangan yg hakiki adalah kemenangan memasuki syurga Allah...InsyaAllah, melalui kepimpinan Islam diharap dpt membimbing rakyat ke tujuan tersebut.

Awanama berkata...

Semoga para juri di beri hidayah untuk berkata benar, semoga Allah ampunkan dosa meraka yang lalu. Mankawi

Awanama berkata...

Mudah mudahan kebenaran akan tercipta......

http://mran3238.wordpress.com

wassalam

Awanama berkata...

sms itu mainan UMNO, macam UMNO permainkan mahkamah juga

Awanama berkata...

jangan harapkan keadilan dimalaysia selagi diperintah UMNO dan BN

Awanama berkata...

usah bermimpi akan menang kes selagi najib perintah malaysia, bukan macam zaman paklah, lawan tetap lawan.

Awanama berkata...

mahathir penasihat najib, lihat kes mata lebam dan kes liwat anwar

Saiful berkata...

Boleh jadi juga keputusan mahkamah memihak kepada YB Nizar berdasarkan lambatnya keputusan diumumkan oleh pihak mahkamah. Kita boleh ambil pengecaman dari pilihanraya. Kalau BN yang menang maka ia menjadi berita pertama dihebahkan dalam siaran berita radio atau tv. Tetapi kalau Pakatan yang menang, ia akan menjadi berita paling akhir.