15 Januari 2010

Umno gagal, PAS lulus

28 Muharram 1431H
Selena Tay

Saya telah menjadi seorang pemerhati politik sejak tahun 1985 lagi. Pada masa itu sehinggalah tahun 2008 sebagai ahli sebuah keluarga Cina yang menetap di Kuala Lumpur, saya mempunyai satu pendapat sahaja berkenaan dengan PAS iaitu PAS ialah sebuah parti yang agak fanatik.

Walaupun ahli-ahli keluarga saya telah mengundi parti DAP sejak tahun 1990 lagi, apabila DAP berkerjasama dengan PAS pada tahun 1999 dalam Barisan Alternatif, kami telah mengundi Barisan Nasional (BN).

Semua ahli-ahli keluarga saya termasuk saudara-mara dan juga rakan-rakan Cina saya yang lain amat menggeruni PAS sebab pada masa itu kami berpendapat bahawa PAS ialah parti yang amat merbahaya sebab PAS tidak peduli dengan kaum lain dan mempunyai fikiran yang sempit.

Tetapi semua itu telah berubah pada Pilihanraya Umum tahun 2008 oleh kerana kami sudah muak dengan gejala rasuah dalam BN dan oleh itu walaupun DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR, kami telah mengundi DAP.

Selepas Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak, kami mendengar berita bahawa beliau amat rajin dan berusaha membantu semua kaum dan golongan masyarakat yang miskin tanpa mengira bangsa dan ugama. Beliau juga seorang yang telus, ikhlas dan berwibawa. Ini serba sedikit telah mengubah fikiran kami terhadap PAS.

Tetapi pada Februari 2009, apabila BN merampas kuasa di Perak, kami telah 100% menyokong PAS sebab kami telah melihat dengan amat jelas bahawa yang fanatik dan yang gilakan kuasa ialah BN.

Dan pada Januari tahun ini pula, sekali lagi BN telah menunjukkan belangnya. Kali ini melibatkan soal ugama pula dimana 2 sepupu orang kuat UMNO telah membuat kenyataan bahawa mereka tidak boleh menghalang orang Islam yang hendak mengadakan protes tentang keputusan mahkamah membenarkan akhbar Katolik Herald menggunakan perkataan Allah dalam seksyen Bahasa Malaysianya.

Manakala pemimpin-pemimpin PAS pula seperti Tuan Guru Nik Aziz, Salahuddin Ayub, Khalid Samad dan Dr. Dzulkefly Ahmad telah mengutuk dengan sekeras-kerasnya pembakaran gereja Metro Tabernacle dan serangan keatas gereja-gereja yang lain. Selepas ini, 2 sepupu dari UMNO ini cuba pula buat ‘damage control’. Tetapi saya yakin orangramai tidak lagi mempercayai dengan lakonan sandiwara mereka yang bodoh itu.

Akhirkata, sebagai seorang yang berugama Katolik saya ingin juga menyatakan bahawa saya rasa amat terharu dengan sokongan yang diberi oleh PAS dalam hal ini. Masa telah tiba. Saya menggesa rakyat untuk membuka mata mereka. Bukan sahaja PAS For All tetapi PAS All The Way.

14hb Jan 2010

Harakahdaily.net/-

14 ulasan:

Awanama berkata...

Bila Islam jadi panduan, semua bangsa akan selamat...

Awanama berkata...

ALLAHU AKBAR.... ALLAHU AKBAR... ALLAHU AKBAR

Awanama berkata...

subhanallah..

Awanama berkata...

Semoga Diberi Hidayah olehNya

Awanama berkata...

kami sokong kejalan allah dan islam menjamin keamanan dan keselamatan orang bukan islam, tetapi kami sekarang tiada kuasa, tolong beri kami perintah malaysia untuk 1 penggal sahaja dan lihat perubahan

Awanama berkata...

ramai orang islam tak percaya UMNO dan BN, lama dah kena tipu dan menindas orang islam.

Awanama berkata...

anda boleh baca sejarah islam menawan baitul maqdis pada zaman saidina Umar al khattab

Awanama berkata...

semakin ramai orang bukan islam menyedari dah lama ditipu UMNO bahawa Pas adalah ekstrim tetapi UMNOlah sebenarnya pelampau

Awanama berkata...

orang bukan islam adalah rakan kami dan bukan musuh dalam islam, cuma belum bersaudara

Awanama berkata...

jangan percaya cakap UMNO yang sentiasa memepersalahkan orang lain tapi menutup rasuah dan segala jenayah sendiri

Awanama berkata...

SALAM,
PD PENDAPAT SY, APA SAJA KEJADIAN YG BERLAKU SKRG ADALAH MENGULANG KEMBALI TAKTIK YG DILAKUKAN OLEH PENJAJAH BRITISH SEMASA NEGARA KITA DI JAJAH DAHULU BAGI MEGEKALKAN KUASA MEREKA CONTOHNYA PERISTIWA NEGARA KITA DI KUASAI OLEH KOMUNIS SELAMA 2 MINGGU DENGAN MELAKUKAN KEKEJAMAN KE ATAS ORG AWAM...
SIAPA YG BERADA DI SEBALIK TABIR NYA KALAU BUKAN BRITISH JUGA...
TUJUAN BRITISH SUPAYA DILIHAT BAHAWA MEREKA ADALAH HERO PENYELAMAT APABILA MEREKA KEMBALI KE TANAH MELAYU SELEPAS TANAH MELAYU DI HURUHARAKAN KOMUNIS SELAMA 2 MINGGU TERSEBUT...
INI PERMAINAN PENJAJAH...PECAH DAN PERINTAH...

ISLAM TIDAK PERNAH DAN MEGIKTIRAF KAEDAH PECAH DAN PERINTAH...KERANA TIDAK AKAN BERLAKU KEADILAN YG SEBENARNYA KE ATAS SEMUA RAKYAT APABILA 'PECAH DAN PERINTAH' DIGUNAKAN..
ISLAM MENGIKTIRAF KEADILAN KEPADA SEMUA AGAMA DAN KAUM DENGAN KAEDAH DIALOG MENCARI KEHARMONIAN DALAM MENGAMALKAN AJARAN MASING2.

NABI MUHAMMAD (PBUH)SEBAGAI RASUL ALLAH YG TERAKHIR ATAU AKHIR ZAMAN YG TERCATAT DALAM SEMUA KITAB2 SEPERTI KITAB BIBLE ATAU LEBIH TEPATNYA INJIL -NABI ISA/JESUS (PBUH), KITAB TAURAT-NABI MUSA/MOSES (PBUH), KITAB ZABUR-NABI DAUD/DAVID(PBUH)MERUPAKAN RAHMAT BAGI SEKELIAN ALAM...

SEMOGA SAUDARA DPT MENGKAJI KENAPA ISLAM MERUPAKAN AGAMA YG DPT MEMBERIKAN KEADILAN KEPADA SEMUA,DAN SAYA BERHARAP ANDA DPT MENGIKUT JEJAK LANGKAH PENYANYI BRITISH YG MEMELUK ISLAM IAITU CAT STEVEN YG MEMILIH NAMA YUSOFF ISLAM SEMPENA NAMA NABI YUSOFF YG DI AMBILNYA SETELAH MEMBACA KITAB SUCI AL QURAN.

insan biasa berkata...

kalau org katolik dah boleh terima pas tiada alasan lagi bagi org melayu yg islam utk menolak pas.
tapi dah memang perangai umno sejak azali lagi menghasut org melayu supaya terus menyokong dasar ketuanan melayu maka...
dasar ketuanan islam yg dibawa oleh pas belum dapat menawan hati majority org melayu islam kerana sifat melayu yg masih tebal akibat dakyah umno yg disebarkan melalui media arus perdana.

Awanama berkata...

Hentikan sifat munfik yang ada pada orang UMNO!

Awanama berkata...

Kalau dengar cakap umno semuanya tiada masalah...negara maju, ekonomi berkembang..tapi kehidupan rakyat makin terhimpit..harga gula naik, baucer tusyen ditarik balik, pelajar asrama terpaksa pulang setiap minggu kerana tiada peruntukkan...macam-macam laigi, tak larat nak sebut!!Bila hampir pilihanraya mula tunjuk baik kepada rakyat...bantuan macam-macam jenis - ibu tunggal, warga tua, orang kurang upaya, belia dll...nak tunjuk baik konon...tapi umnolah penipu besar...Sekarang timbul isu berkaitan agama pula..kalau kerajaan umno/bn prihatin dan bijaksana, isu begini tidak sempat muncul dan tersebar dalam masyarakat.. awal-awal lagi ia perlu ditangani dengan bijaksana...kami sudah hilang kepercayaan kepada umno/bn..