30 Januari 2010

Pemuda PAS persoal daftar Puteri Umno di sekolah

14 Safar 1431H
Herman Samsudeen

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mempersoalkan kewajaran tindakan Umno Bahagian Segambut dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Segambut yang membuat kempen pendaftaran Puteri Umno kepada pelajar-pelajar sekolah.

Expo Pendidikan Jalinan Mesra 1 Malaysia yang dianjurkan sebenarnya hanyalah gimik pihak sekolah dan Umno Bahagian untuk mengambil kesempatan ke atas pelajar-pelajar sekolah.


DPPWP kesal dengan kecurangan yang ditunjukan oleh pihak Sekolah yang bersekongkol dengan Umno untuk mempolitikan pelajar sekolah. DPPWP mengesa agar pengetua sekolah berkenaan diambil tindakan tatatertib di atas tindakan beliau membenarkan Umno mendaftarkan Pelajarnya sebagai anggota Puteri Umno.

Jika Pihak Kementerian enggan bertindak, DPPWP mahu pihak Kerajaan memansuhkan larangan ke atas semua kakitangan awam, guru dan pelajar yang selama ini dilarang berpolitik.

Sewajarnya hak yang sama diberikan jika pihak Kerajaan benar-benar ikhlas dalam dasar yang direka mereka.

Sebelum ini Ahli Parlimen Segambut, YB. Lim Lip Eng telah dihalang untuk mengedarkan topeng muka H1N1 kepada pelajar.

Begitu juga yang berlaku kepada Ahli Parlimen Titiwangsa, Yb. Dr. Lo'Lo' Hj. Mohamad Ghazali yang dihalang menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Pelajar di dalam kawasan Sekolah hingga terpaksa menyewa Hostel untuk program berkenaan.

Kuala Lumpur kini dikuasai oleh Pakatan yang memiliki 10 Kerusi Parlimen berbanding Barisan Nasional yang hanya ada 1 Kerusi. Tetapi kerana di Kuala Lumpur ini tiadanya Dewan Undangan Negeri maka, Umno dan Barisan Nasional yang menguasai Kerajaan Persekutuan mempergunakan sepenuhnya agensi Kerajaan yang ada termasuk Sekolah untuk kepentingan mereka dan melarang agensi berkenaan bekerjasama dengan Ahli Parlimen Pakatan yang dipilih rakyat.

Lihat sahaja Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Siapa dia di Parlimen? Dia hanya seorang Senator yang dilantik dari pintu belakang Pejabat Perdana Menteri, bukan wakil yang dipilih rakyat.

DPPWP bertegas agar Kerajaan memberikan layanan yang adil kepada semua wakil rakyat dan tidak memperkudakan sekolah dan agensi Kerajaan yang lain untuk meraikan 'wakil Rakyat Haram' di Kuala Lumpur.

Herman Samsudeen
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuaan

Harakahdaily.net/-

1 ulasan:

Awanama berkata...

SALAM,

UMNO MASIH LAGI DALAM SINDROM PENAFIAN YANG KRONIK...

MACAM HITLER DALAM PERNAG DUNIA KE-2 YANG MASIH LAGI MENAFIKAN ASKAR2NYA KALAH DALAM PEPERANGAN DEMI PEPERANGAN... DAN APABILA PIHAK BERSEKUTU SUDAH BERADA DI DEPAN PINTUNYA MAKA..

HITLER PON MEMBUNUH DIRI...

(HITLER MASIH LAGI DALAM SINDROM PENAFIAN... TAK BOLEH TERIMA KENYATAAN YANG ASKAR2 NAZI JERMAN YANG GAGAH PERKASA BERDARAH ARYAN ITU KALAH...

P/S ARYAN ITU BUKANLAH DARI BANGSA JERMAN, TAPI ARYAN ITU ADALAH PANGGILAN KEPADA BANGSA IRAN/PARSI PADA ZAMAN DAHULU.