13 Februari 2010

Debat Royalti ditangguh, kibar bendera Kelantan

28 Safar 1431H

KOTA BHARU, 11 Feb: Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) memaklumkan Debat Royalti Petroleum yang dijadualkan pada 13 Februari ini di Kelantan Trade Centre (KTC) ditangguhkan.

Pengerusi Bersama Gegar, Dr Abdul Halim Yusof dan Mohamad Fauzi Abu Samah berkata, selaku penganjur pihaknya tidak menerima pengesahan kehadiran daripada dua orang ahli panel yang dijemput iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

“Surat jemputan ke program ini telah dihantar dan pegawai-pegawai di pejabat Yang Berhormat berkenaan telah mengesahkan menerima surat jemputan debat,” ujar mereka dalam satu kenyataan.

Walau bagaimanapun, kata mereka Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub masing-masing telah mengesahkan untuk hadir ke debat tersebut.

“Walaupun ditangguhkan, Gegar akan berusaha untuk menjayakan program debat seperti ini dan akan memaklumkan kepada orang ramai tarikh baru debat setelah mendapat persetujuan kehadiran daripada ahli-ahli panel,” ujar mereka.

Berikutan dengan keprihatinan dan komitmen ramai rakyat Kelantan kepada tuntutan royalti petroleum, Gegar juga merayu dan memohon seluruh rakyat negeri ini tanpa mengira di mana pun mereka berada untuk mengibarkan bendera negeri di kereta dan premis kediaman sepanjang bulan Mac ini.

Ini, kata untuk tujuan menandakan sokongan terhadap tuntutan rakyat Kelantan mendapatkan royalti petroleum seperti mana perjanjian tahun 1975 yang telah dimeterai.

Di samping, ia juga menandakan sokongan rakyat Kelantan dalam mendokong semangat Persekutuan Malaysia dan Kelantan sebagai negeri di bawah Persekutuan hendaklah diberikan hak-hak menurut Perlembagaan, undang-undang dan perjanjian yang telah termerai.

Selain itu, kata mereka, ia juga bersempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang akan menjelang tidak lama lagi di mana rakyat negeri ini menzahirkan perasaan kasih dan dekatnya rakyat kepada kepada Tuanku al-Sultan.

“Gegar menyeru seluruh rakyat negeri Kelantan terus berdoa agar Allah mengurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan, rahmah dan inayah-Nya kepada Tuanku Sultan Kelantan,” ujar mereka.

Harakahdaily.net/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

debat jangan x debat...klu menang tukar pulak RON95 tu..byk keta terbakar kerana minyak tu. x bagus betul. dah ler x bagi royalti mintak...minyak yg ada pun x berkualiti.. satu tangki penuh utk Toyota Camry dah 'short' 100km tau..cinabeng betul..

Tanpa Nama berkata...

rakyat terpaksa bayar harga insuran kenderaan melebihi RM10 sehari, mesti tolak UMNO 100%

Tanpa Nama berkata...

buang masa saja berdebat, buang UMNO dan BN lebih baik