13 Februari 2010

Laporan polis iklan jual bangunan Umno

28 Safar 1431H

Umno Bahagian Kota Baharu hari ini membuat laporan polis terhadap seorang bekas pemimpinnya kerana didakwa mahu menjual bangunan Umno Kota Bharu di Jalan Sultanah Zainab di Kota Bharu.

Setiausaha Umno Bahagian Kota Bharu Zulkifli Abdul Ghani membuat laporan itu di Balai Polis Kota Bharu pada jam 2.45 petang, dengan diiringi 50 pemimpin dan ahli anggota Umno bahagian tersebut.

Bercakap kepada pemberita, Zulkifli berkata laporan itu dibuat supaya polis menyiasat aspek penjualan bangunan Umno, yang diiklankan dalam akhbar, kerana bangunan itu tidak seharusnya dijual.

"Ia adalah milik Umno Kota Bharu," katanya.

Malaysiakini/-

1 ulasan:

Awanama berkata...

inilah umno, kalulah pitih abis digomo, bkn setakat bangunan jah, negara pun dia jual