06 Februari 2010

Kes enjin belum selesai, kini kes maklumat bocor pula

21 Safar 1431H
http://idrisahmad.wordpress.com

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan kerapuhan sistem keselamatan agensi Pertahanan Negara mutakhir ini kerana sebelum kes kehilangan enjin pesawat F5E selesai, kini timbul pula isu kebocoran maklumat sulit Angkatan Tentera Malaysia.

Angkatan Tentera sepatutnya menjadi contoh dan penanda aras kepada sistem keselamatan agensi pertahanan lain, namun insiden terbaru ini menimbulkan kebimbangan dihati rakyat kerana negara ini boleh dianggap tidak selamat. Apa sahaja kekuatan dan kelematan sistem pertahanan yang ada dalam negara ini begitu senang diketahui musuh.

Intergriti anggota keselamatan negara bakal menjadi pertikaian jika ianya gagal ditangani segera. PAS yakin, insiden pembocoran maklumat ini melibatkan pegawai-pegawai kanan berpangkat tinggi kerana dari segi amalan kerahsiaan dalam organisasi Kerajaan dan Pertahanan, hanya mereka yang yang berpangkat tinggi sahaja mempunyai akses terhadap maklumat bertaraf sulit, rahsia dan rahsia besar.

PAS berharap agar agensi Keselamatan Negara membuat kajian semula tentang tahap keselamatan yang ada. Rakyat memerlukan satu jaminan yang kondusif terhadap tahap keselamatan negara.

Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dinegara maju seperti Jepun pasti akan meletakan jawatan jika perkara sebegini berlaku, adakah Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Malaysia perlu dibiarkan sahaja sedangkan ini adalah insiden kedua yang melibatkan kecuaian yang besar dibawah pentadbiran mereka.

PAS mahu Kerajaan mendakwa dan memberikan hukuman yang berat kepada pengkhianat negara yang terlibat dalam kes ini.

Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Harakahdaily.net/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada seorang yang dulunya penyoikong kuat UMNO melahirkan rasa kurang yakin terhadap Najib dan gengnya dalam BN. Bila ditanya kenapa beliau kata begitu? Dia lantas berkata bahawa enjin pesawat F5E hilang masa dia jadi Menteri Pertahanan itu bermakna orang asing dah tahu maklumat sulit Malaysia. Lalu aku kata boleh jadi Si Ahmad Zahid Hamidi nak perdajalkan dia. Tiba-tiba maklumat sulit pula bocor masa Ahmad Zahid jadi Menteri Pertahanan, atau sebelum itu lagi. Kalau masa Ahmad Zahid maklumat tu bocor mungkin ada krisis antara mereka dan sahlah mereka tak layak jadi pemimpin. Rakyat janganlah terus jadi mangsa!!!

Tanpa Nama berkata...

Kebocoran maklumat dan kegiatan mencari maklumat sulit negara oleh agen asing tu dah memang satu rahsia terbuka yang dilaksanakan sejak azali lagi. Syaitan cuba mencuri maklumat Allah,Zaman rasulullah pun ada agar umat Islam terpelihara. Kes matahari masa perang dunia pun ada. Kes Sidik Ghouse masa Tun Mahathir pun berlaku. Apalah bangang sangat nak diberitahu seantero dunia ni. Siasat, tangkap dan buat bantahan diplomatik. Kan senang tu kerana tak akan memalukan kita. Apalah nasib Malaysia ni, tuanx penasihat keselamatan ni berfikir panjang la sedikit atau Tuan Menteri tak nak pakai nasihat Tuan Penasihat Keselamatan kot. menagguk diair keruh!!!!