27 Mei 2010

WUJUD YBU & PERAK AMAN JAYA: MEMBAZIR WANG RAKYAT

12 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak faham usaha kerajaan negeri dengan mewujudkan Yayasan Bina Upaya (YBU) dan juga pengurusan projek Perak Aman Jaya di bawah Institut Darul Ridzuan amat bertentangan dan membazir wang rakyat.

DPPN Pk melihat dengan kewujudan YBU dan projek Perak Aman Jaya ini jelas akan menambahkan lagi penyaluran keluar wang rakyat. Ianya juga sumber kewangan bagi Umno / Barisan Nasional (BN) kerana peruntukan yang telah di salurkan mencecah jutaan ringgit.

Sebagai contoh, fungsi yang dimainkan oleh YBU sebenarnya sudah pun di bawah tanggungjawab Pejabat Pembangunan Wanita (PPW) dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Seolah-olah YBU mengambil tugas dan fungsi PPW dan JKM dan juga menggambarkan kedua-dua agensi kerajaan ini tidak menjalankan tugas mereka.

Manakala projek Perak Aman Jaya pula dilihat sama peranannya seperti pembangunan Koridor Ekonomi Wilayah Utara (NCER) dan juga fungsi Bidang Keberhasilan Utama Nasional (MKRA). Projek Aman Jaya juga hilang fokus terutama penglibatannya dengan Pertandingan Piala Dunia pada tahun ini.

Bagi DPPN Pk, perkara ini jelas tidak menguntungkan ekonomi rakyat kerana penubuhan YBU dan projek Perak Aman Jaya ini adalah penyaluran kewangan yang terlalu banyak. DPPN Pk mendesak supaya kerajaan negeri memansuhkan kedua-dua badan yang di tubuhkan tersebut kerana merugikan rakyat.

MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan: