27 Mei 2010

Haid tidak teratur punca sakit jantung

12 Jamadil Akhir 1431 H
Oleh: Shah Bundy

NEW YORK - Wanita yang mengalami kitaran haid tidak teratur mempunyai risiko tinggi untuk menghidap penyakit jantung, menurut satu kajian terbaru.

Kajian selama 10 tahun yang melibatkan 23,000 wanita Belanda berusia 50-an itu mendapati wanita dengan kitaran haid tidak teratur mempunyai 28 peratus lebih risiko menghidap penyakit jantung.

Kajian itu juga mendapati wanita yang mengalami kitaran haid tetap yang lebih panjang atau lebih pendek daripada kitaran normal tidak berhadapan dengan risiko berkenaan.

Bagaimanapun, majoriti wanita yang mengalami kitaran haid tidak teratur tidak mendapat penyakit jantung semasa tempoh kajian.

Seramai 150 daripada 4,000 wanita yang melaporkan kitaran haid tidak teratur disahkan menghidap penyakit jantung sepanjang tempoh kajian.

Sebab utama yang mengaitkan kitaran haid tidak teratur dengan penyakit jantung masih belum dikenal pasti.

1 ulasan:

Mad_Chong berkata...

Salam, saya ingin kongsikan satu info mengenai satu kaedah terbaru untuk membantu pesakit-pesakit jantung. Jika pembaca berminat layarilah blog saya www.terapielektrik.blogspot.com
Mungkin info yang terdapat diblog saya boleh membantu anda dan juga ahli keluarga dan sabahat handai yang mempunyai masalah yang sama.
InsyaAllah.