08 Jun 2010

JUDI BOLA SEPAK: PERAK JADI PUSAT JUDI UTARA

24 Jamadil Akhir 1431H.
Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kecewa dengan kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Perak terutamanya pihak Kerajaan Negeri Perak telah mengizinkan premis-premis judi beroperasi dalam pertaruhan perjudian pertandingan bola sepak Piala Dunia yang telah dilulus lesen oleh Kerajaan Pusat kepada Syarikat Ascot Sport anak Syarikat Kumpulan Berjaya Corporation milik Tan Sri Vincent Tan dan menjadi pusat operasi atau destinasi bagi mereka yang ingin berjudi di sebelah utara tanahair.

Ini kerana PBT di Negeri Kedah, Pulau Pinang dan juga Selangor termasuk Kelantan tidak membenarkan operasi pertaruhan perjudian pertandingan bola sepak Piala Dunia diizinkan di premis-premis judi yang di bawah kawalan PBT. Sudah tentu bagi kaki-kaki judi ini berkesempatan dapat berjudi di Negeri Perak kerana Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah memberikan keizinan bagi tujuan tersebut. Bagi kaki judi di selatan Kedah, Pulau Pinang dan juga utara Selangor akan menumpukan premis judi di Perak.

Bagi kaki judi, mereka telah mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Zambry kerana memberikan peluang dan juga kebenaran untuk mereka berjudi secara sah. DPPN Pk amat kesal dengan sikap sebenar Datuk Seri Zambry yang kelihatan menyokong judi yang beliau sendiri yakin bahawa judi adalah haram di sisi Islam. DPPN Pk juga mendesak agar Tan Sri Haji Harussani Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak dan juga tokoh-tokoh agama agar menasihatkan Datuk Seri Zambry agar tidak membenarkan perjudian bola sepak ini.

MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

5 ulasan:

Mohamadazhan.com berkata...

salam yb

PRU13,kembalikan kemengan kita di PERAK, insyaALLAH

CUCU PEJUANG berkata...

HARAP TOK MUFTI KELUAR STATEMENT.JANGAN MEMBISU SERIBU BAHASA.JIKA ISU MURTAD TOK BOLEH BUAT 'TOUR',ISU JUDI KITA PEJAM MATA.TOK ADALAH MUFTI PALING LANTANG JIKA DIBANDINGKAN MUFTI LAIN.JANGAN IKUT TELUNJUK.BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH.

Tanpa Nama berkata...

Apabila mati..jangan terkejut dosa judi bergunung-gunung banyaknya. Redho dengan maksiat jadi maksiat. Ingat semua bahawa akhirat itu dekat.Mungkin sekejap lagi anda ke akhirat. Didunia boleh daleh-daleh. Di depan Allah tak boleh bercakap lagi. Orang munafik akan buat macam-macam alasan untuk menyatakan maksiat itu halal. Mereka tahu bahawa judi itu haram, hati-hati mereka meronta-ronta untuk menyatakan judi itu haram, tetapi hati munafik m

Tanpa Nama berkata...

INILAH MASANYA MUFTI PERAK BERSAMA PR UTK KEMPEN ANTI JUDI BOLASEPAK. KALAU TAK NANTI ADA SAHAM FREE.LETAK SAJA JAWATAN DAN JOIN DGN PAS UTK MENGAJAK UMAT MELAKSANAKAN MAKRUF, MENCEGAH KEMUNGKARAN. MELAYU SAMPAI KIAMAT X KAN BERSATU.SEBAB SEBELAH PIHAK SUKA JUDI DAN SEBELAH PIHAK LAGI TAU JUDI TU HARAM.SEMOGA TOK MUFTI SEDARLAH HAL INI.KEMBALILAH DGN PERJUANGAN ISLAM SEBENAR SEBELUM DIKEMBALI MENGADAP ALLAH KELAK

Tanpa Nama berkata...

SEMOGA TAN SRI MUFTI DAPAT MENASIHATI MB PERAK YANG MUNGKIN LUPA JUDI TU HARAM.KALAU X DENGAR NASIHAT, TOK MUFTI BOLEH AMBIL TINDAK DRASTIK DGN MELETAK JAWATAN.MUNGKIN IANYA MENYEDAR ORG MELAYU KHAS DI NG PERAK.LEPAS TU JOIN DGN PAS/PR,JELAJAH SELURUH PERAK. INSYAALAH PR AKAN BERJAYA DIPRU 13 NANTI. TAKBIR...