01 Ogos 2010

Langkah terbaru SPR disokong, saya cadangkan juga daftar secara automatik dan online.

20 Syaaban 1431H
Drs. Khalil Idham Lim.

Bulan lalu, SPR mengumumkan 4.3 juta pengundi yang layak mengundi belum berdaftar dengan SPR sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga Mac lalu.

Kerana itu saya menyokong Pelbagai usaha dilakukan bagi menarik pengundi baru terutama generasi muda dan terbaru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjanji membayar RM1 bagi setiap pemilih baru yang berjaya didaftarkan. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pihaknya akan membayar penolong pendaftar daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin masyarakat yang dilantik agensi itu bagi memperhebatkan kempennya.

Sebelum ini wakil SPR yang dilantik dari ahli parti politik tetapi ternyata tidak tidak mencukupi.Saya menyokong langkah untuk menambah kategori pelantikan penolong pendaftar . Langkah SPR membuka peluang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin masyarakat yang akan dilantik agensi itu bagi memperhebatkan kempennya diharapkan dapat meningkatkan lagi jumlah pengundi baru yang didaftar.

Sebenarnya jika kerajaan benar-benar serius untuk memastikan pengundi baru didaftarkan saya kira cadangan supaya mereka yang cukup umur 21 tahun secara automatik menjadi pemilih adalah langkah yang paling baik. Dalam hal ini pejabat pendaftaran negara yang mempunyai rekod sijil kelahiran dan mengeluarkan kad pengenalan adalan agensi yang mampu membantu SPR untuk mendaftar pemilih secara automatik dalam tempoh yang saya kira sangat singkat.

Persoalannya kenapakah pihak kerajaan menolak cadangan ini. Sedangkan cadangan ini bukanlah benda yang baru malah telah diamalkan dibanyak buah negara sejak sekian lama.

Selain itu membuak pendaftaran secara online adalah juga langkah yang paling baik untuk menggalakkan pengundi muda mendaftar. Mereka biasanya adalah pengunjung cyber cafe dan setiap hari mungkin melayari internet.

Kesimpulannya pelbagai langkah SPR untuk menambah bilangan mereka yang mendaftar sebagai pemilih sangatlah disokong, namun janganlah SPR terbelenggu dengan arahan pihak tertentu sehingga mengenepikan cara yang lebih efesian untuk mendaftar pengundi baru.

2 ulasan:

Awanama berkata...

Saya cadangkan kepada SPR, kalau tak tahu kaedah yang lebih cekap dan berkesan untuk pendaftaran pengundi baru,dengar dan ikutlah cadangan pihak luar. kaedah yang lebih berkesan adalah melalui pendaftaran automatik yang boleh di link kan dengan jabatan pendaftarn negara. Dengan kaedah ini tentunya kerja mudah, jimat belanja, berkesan dan lebih cekap.Jangan terpengaruh sangat kaedah menteri umno, kerana mereka memang suka berboros dan tidak mahukan generasi muda mendaftar, disebabkan mengikut statistik pengundi muda tidak berminat menyokong umno/bn. Usaha mereka ini untuk melengahkan masa kejatuhan dan kehancuran mereka.

Awanama berkata...

Bagi saya umur 18 pun sebenarnya dah cukup layak utrk mengundi dan lebih baik sesiapa yg genap umur 18 didaftar secara automatik. Bayangkan umur semuda tu dah boleh bekerja mengikut undang2 antarabangsa malah masuk askar yg mana berdepan dgn rahsia2 negara, xkan le nak tunggu cukup 21 baru layak mengundi??????????????

UMNO bukan, PAS bukan, PKR pun bukan!