01 Ogos 2010

KHIR TOYO CUBA LEPASKAN DIRI DARI CABARAN DAP

20 Syaaban 1431H.
Oleh: WFAUZDIN NS

KHIR Toyo telah dicabar oleh DAP Selangor agar membuktikan senarai pencuri-pencuri pasir di Selangor yang kununnya mendapat perlindungan samseng. Sudah semestinya mantan MB Selangor yang kini hidup mewah itu gagal menyahut cabaran dari DAP kerana beliau sememangnya berbohong selama ini. Beliau masih percaya bahawa rakyat Selangor majoritinya masih bodoh seperti dahulu iaitu ketika beliau menjadi MB Selangor.

Akibat tidak mahu digelar bacul dan dayus, maka Khir Toyo terpaksa melakukan perkara bodoh iaitu dengan mencabar DAP agar menutup semua pusat judi, pusat hiburan dan rumah urut tanpa lesen di Selangor sebelum beliau mahu memohon maaf terhadap DAP. Apabila beliau berkata bersedia untuk memohon maaf kepada DAP, ini bererti dakwaannya berkaitan samseng curi pasir itu ternyata tidak benar. Cuma, peliknya Khir Toyo ini mengaitkan pula dengan perkara lain yang tiada kaitan dengan dakwaannya itu.

Isunya samseng curi pasir, bukannya pusat judi, hiburan atau rumah urut tanpa lesen. Jika beliau ingin juga memperjuangkan perkara itu, sepatutnya Khir Toyo membuat cabaran lain khusus berkaitan hal tersebut. Selaku mantan MB Selangor, Khir Toyo sepatutnya tahu apa yang perlu beliau lakukan jika benar dakwaannya ada rumah urut, pusat perjudian dan hiburan tanpa lesen masih wujud di Selangor. Tidak bolehkah beliau bekerjasama membenteras perkara ini bersama dengan Kerajaan PR Selangor? Mengapa nampak pencuri, dibiarkan sahaja agar mudah untuk menuduh Polis tidak melaksanakan tugas?

Begitu juga dalam isu Samseng curi pasir yang beliau dakwa itu. Jika cukup bukti dan maklumat, tidak tahukah beliau untuk bertindak? Patut pun di zaman beliau mentadbir Selangor perkara ini tidak mampu beliau tangani kerana beliau tidak tahu untuk bertindak. Memang wajar Khir Toyo dan kerajaannya dahulu ditolak oleh rakyat Selangor kerana terlalu lemah.

Khir Toyo sebenarnya tertekan kerana sentiasa diserang dari dalam Umno dan juga di luar Umno. Beliau terpaksa menonjolkan diri secara begini agar rakyat melihat beliau seperti cerdik dan pintar. Malangnya, semakin banyak Khir Toyo bercakap semakin jelas kebodohan doktor gigi ini./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pastinya khir toyo tahu siapa samseng-samseng yang beliau nyatakan itu,kerana mungkin beliaulah ketua kepada samseng-samseng berkenaan. Sebab saya nyatakan begitu kerapkali umno mengupah samseng-samseng untuk menjaga kepentingan mereka. Puak-puak ini suka sangat baling batu sembunyi tangan.

Tanpa Nama berkata...

Doktor gigi ni memang bodoh..pasal tu dia hadiah kat orang penyapu...