01 Ogos 2010

Umno perlu direhatkan

19 Syaaban 1431.
Harakahdaily.

KEPALA BATAS, 31 Julai: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menyeru rakyat merehatkan Umno dan Barisan Nasional (BN) daripada bergelumang dengan politik tanahair kerana banyak kesalahan telah dilakukan sehingga ekonomi, keselamatan, kehakiman dan politik negara tidak lagi stabil.

Umpamanya, kata beliau, apabila pemain bola sepak mendapat kad merah kerana melakukan kesalahan yang berulang, dia terpaksa dikeluarkan atau direhatkan untuk beberapa kali perlawanan

Begitu juga, ujarnya dengan Umno dan BN perlu dihukum sebab terlalu banyak melakukan penyelewengan, pembohongan dan campur tangan tangan sehingga menyulitkan sesuatu keputusan diadili dengan adil.

"Umno dan BN kena direhatkan. Rakyat perlu buat begitu jika tidak mahu melihat negara menuju kehancuran," tegasnya ketika berceramah di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Kepala Batas malam tadi.

Ekoran itu, kata Exco Kerajaan Kelantan itu banyak pelabur tidak menanam modal di Malaysia sebaliknya mencari lokasi lain yang lebih selamat.

Tambahnya, apabila terjadi begitu, ekonomi negara merudum teruk ditambah lagi dengan wang negara diboroskan dengan projek mega yang tidak memberi manfaat kepada rakyat.

"Habislah jika keadaan negara macam ni. Jadi, lebih baik rehatkan Umno dan kuncunya pada pilihan raya umum depan. Bila parti sempit dan perkauman tidak ada, maka senanglah nakhoda melayari bahtera memajukan negara," ujar beliau.

Kepimpinan negara, katanya apabila harga gula dinaikkan terus mengeluarkan kenyataan santai kononnya untuk mendidik rakyat supaya tidak terkena penyakit kencing manis manakala membanding harga dengan negara jiran apabila menaikkan harga petroleum.

Menurutnya, itulah alasan Kerajaan BN sejak dulu sampai sekarang, tidak pun menunjukkan rasa serik atau kesal apabila menindas rakyat malahan rasa bangga bila rakyat tidak menunjukkan protes.

"Mereka sudah menjahanamkan negara, kenapa rakyat masih biarkan mereka memerintah termasuk cadangan terbaru membeli 274 kereta perisai yang harganya sebuah RM31 juta pada hal seluruh dunia tahu harga kereta perisai termahal dari Amerika Syarikat hanya bernilai RM9 juta sebuah," katanya.

6 ulasan:

Awanama berkata...

rasenye nak rehatkan umno memang cadangan yang bagus.....
tapi apakah pilihan yang ade selepas rehatkan umno??....

PAS???....
DAP???
PKR???
Pakatan rakyat???......rase nye dua kali lima ajer.....

sungguh malang bagi rakyat malaysia sebab takde pilihan........

Kuda Perang berkata...

Betapa bodohnya mereka yang tidak mempunyai kesedaran, betapa pilihan memang sudah ada di depan mata....

Kuda Perang berkata...

Betapa bodohnya jika masih tidak nampak lagi pilihan yang ada... ataupun sengaja mencipta persepsi supaya orang lain turut menjadi bodoh dgn tanggapan tiada pilihan...

haluankiri berkata...

Itulah yg diajar UMNO ... rakyat tak akan membuat pilihan lain selain UMNO ... kerana ditahyulkan bhw UMNO shj yg layak memerintah ... Allah pun bg pada penganutnya .. pilihan .. nak jd baik ker nak yg buruk .. nak neraka ker syurga .. itukan pilihan .. yg baik pilih dan buat lah yg baik2... ini jd rakyat Malaysia .. tak jumpa pilihan plak .. kan BODOH tu ...

Awanama berkata...

manusia tanpa hidayah ALLAH s.w.t..dia akan jadi buta perut. Pilihan dah ada depan mata pun masih tak nampak.
Kesian sungguhh rakyat Malaysia yang buta oerut ni...doa banyak2 minta ALLAH s.w.t limpahkan hidayahnya

Awanama berkata...

Perut dah kenyang rasuah @ benda haram... mana nak nampak petunjuk... Sebab tu BODOH yang teramat.