15 Julai 2010

Pakatan janji pastikan sidang DUN Perak lancar

2 Syaaban 1431 H

Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham hari ini berkata semua wakil Pakatan Rakyat akan memberi kerjasama untuk memastikan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 3 Ogos ini berjalan lancar.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu memberi peluang supaya semua soalan bertulis dan lisan dapat dijawab semasa persidangan itu.

"Kami mahukan jaminan yang mikrofon pihak kami tidak dimatikan, semua pengamal media dibenarkan memasuki dewan persidangan dan tidak ditempatkan di dalam bilik khas seperti akuarium," katanya pada sidang akhbar di Ipoh.

Ngeh, yang juga ADUN Sitiawan, berkata Pakatan juga sedia bekerjasama dengan Speaker Datuk R Ganeson bagi memastikan persidangan pada kali ini menjadi satu persidangan yang dihormati rakyat.

Pakatan Rakyat mempunyai 27 wakil manakala Barisan Nasional 28. Empat ADUNnya sebelum ini berpaling tadah menjadi Bebas dan menyokong BN.

Malaysiakini/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berjuangggggggggg!!!!!!!!!!!!!!