15 Julai 2010

Harakah beri penjelasan kedua pada KDN

2 Syaaban 1431 H
Oleh: Abdul Rahim Sabri

Harakah hari ini menjawab surat tunjuk sebab kedua daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung penerbitan dan pengedaran akhbar PAS itu yang telah tamat tempoh permitnya.

"Kita akan jelas secara bertulis dan sampaikan kepada mereka. "(Jawapan) secara terperinci saya tak boleh cerita. Kita akan jawab," kata Pengerusi Jemaah Harakah Datuk Mustafa Ali (kiri).

Mustafa berkata pihaknya menerima surat tunjuk sebab kedua itu dalam pertemuannya dengan pihak KDN semalam.

KDN semalam memanggil Mustafa dan pengarah urusannya Datuk Kamarudin Jaffar kerana menerbitkan akhbar rasmi PAS itu tanpa permit.

Harakah juga diberikan tujuh hari mulai semalam bagi menjawab surat tunjuk sebab berhubung penerbitan dan pengedaran akhbar itu yang telah pun tamat tempoh permitnya.

Sementara itu Kamaruddin memberitahu akhbar web PAS Harakahdaily di Parlimen, surat jawapan tersebut telah dihantar kepada KDN tengah hari ini.

Beliau yang juga ahli parlimen Tumpat berkata pihaknya yakin penjelasannya yang "munasabah" itu sepatutnya diterima oleh kementerian terbabit.

"Kita harap pihak KDN membuat penilain positif dan kita juga berharap menerima jawapan positif," beliau dipetik sebagai berkata.

Malaysiakini/-

Tiada ulasan: