15 Julai 2010

Mahfuz: Umno 'demam', tuduh sesat tapi pelawa

2 Syaaban 1431H.
Harakahdaily.

KUALA LUMPUR, 14 Julai: PAS sedia menyediakan pakar sakit jiwa kepada Umno dan Timbalan Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ekoran masih membangkitkan isu kerjasama PAS-Umno biarpun PAS secara jelas menolak pelawaan Umno itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika diminta mengulas perkara itu berkata, Umno juga seperti terkena demam panas yang kuat sehingga mengganggu fungsi otak mereka.

"Kita dah kata dah tak nak, duk bercakap lagi. Orang yang duk bercakap sorang-sorang ni ada problem la. Kita sedia sediakan khidmat pakar psikiatri untuk Umno dan Muhyiddin," katanya sinis.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, Umno secara jelas membuktikan mereka dalam keadaan kritikal dan sangat lemah sehingga terpaksa mempelawa PAS.

"Sekarang Umno melihat hanya PAS yang boleh jadi talian hayat kepada mereka tapi PAS sudah jelas, tidak mahu menanggung biawak hidup," katanya.

Umno, jelasnya sedang mengalami krisis sokongan Melayu terhadap mereka lebih-lebih lagi dengan penubuhan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia(Perkasa) yang dilihat telah merubah pemikiran Melayu Umno sehingga berani menentang Umno sendiri.

"Perkasa telah merubah mentaliti orang Melayu sehingga mereka berani mempersoal Umno yang dulu dianggap ‘tangan yang menyuap mereka’," katanya lagi.

Sementara itu beliau juga berkata, orang Melayu sebenarnya akan lebih maju tanpa Umno kerana selama ini yang merosakkan Melayu adalah Umno.

PAS juga, jelasnya akan mengambil peranan menjaga kepentingan Melayu dan Islam seperti termaktub dalam perlembagaan tanpa mengabaikan hak warganegara lain.

Ianya juga antara resolusi semua parti dalam Pakatan Rakyat yang dicapai pada konvensyen Pakatan Rakyat sebelum ini.

Muhyiddin kelmarin sekali lagi mengulangi kesediaan Umno untuk bekerjasama dengan PAS dengan alasan mahu menjaga kepentingan Melayu.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan...benci bilang sayang
jangan...marah bilang cinta

Tanpa Nama berkata...

Dato Mahfuz Omar,selaku Naib Presiden PAS,kena faham,dalam PAS masih ada lagi pemimpin-pemimpin PAS yang "main mata" dengan UMNO sebab itulah UMNO tak henti-henti "melambai" PAS.Puak yang "main mata" ni ghairah sangat nak letakkan PAS atas papan catur UMNO walau pun sekadar jadi bidak.Mereka ada agenda tersendiri.

Tanpa Nama berkata...

Klu PAS join UMNO sebelum UMNO letak Al-Quran ganti perlembagaan lord reid, aku org pertama akan kluar PAS!!

umno ni dah sangat nazak dan nak mati.. sejak bila umno bela melayu dlm negara ni? umno hanya bela melayu yang jilat bontot and tapak kaki dia je.. umno hanya kayakan ahli dan pemimpin umno SAHAJA.

klu umno bela melayu, lama dah dia bagi royalti minyak kat kelantan. klu dia bela melayu, dia takkan tarik royalti myk dari terengganu bila PAS memerintah dulu.. bukan dua2 negeri ni majoriti melayu ke?

atas segala kejahatan dan kezaliman umno, tiba2 harini anak merican ckp kt utusan mintak 'gencatan senjata' antara PAS dan UMNO.. nampak sgt 'style' yahudi time perang.. bila dia rasa dia kuat, dia bantai habis2an.. bila dia dah nak kalah, dia mintak buat gencatan senjata.. bacul..

mmg UMNO ni lah sebenarnya alat yahudi di malaysia.. utk memastikan Islam dan kegemilangan Islam zaman Rasul dan para sahabat takkan berulang di atas muka bumi ini..

jangan terkejut klu lepas ni ada pemimpin PR kena penjara atau ISA plak. utk selamatkan kuasa UMNO di Malaysia.. skali lagi, 'style' yahudi laknatullah..

Tapi sedar dan ingatlah sentiasa wahai sahabat.. Perjuangan ini memang pahit.. kerana syurga itu manis. janji Allah dan Rasul itu PASTI datang..

Tanpa Nama berkata...

tukar lah dasar tu dulu......