15 Julai 2010

Zhuihu

2 Syaaban 1431 H

Zhuihu, yang juga dikenali sebagai "Zhuiqin" atau "Zhuizi" ini, merupakan alat muzik bertali yang dihasilkan berasaskan Sanxian kecil.

Alat muzik yang mempunyai sejarah hampir seratus tahun ini, amat disukai oleh masyarakat di provinsi Henan, di bahagian tengah China. Ia sering dimainkan untuk mengiringi opera tempatan.

Zhuihu ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu kepala, pemegang dan badan. Badannya yang berbentuk bulat torak, diperbuat daripada kayu keras atau kepingan tembaga. Pemegang dan kepalanya mirip Sanxian, sejenis alat muzik petikan klasik yang dicipta pada zaman Dinasti Qin.

Ia dimainkan dengan tali penggesek yang diperbuat daripada bulu ekor kuda.Bunyi yang dihasilkan oleh alat muzik ini agak besar, tetapi sangat lembut dan halus.

Ia bukan sahaja dapat meniru bunyi suara dan nyanyian orang, malah boleh meniru bunyi burung dan haiwan-haiwan yang lain.

CRI/-

Tiada ulasan: