14 Julai 2010

Perempuan yg solat jumaat

1 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Sy sering ditanya pasal perempuan yg pergi solat jumaat; adakah dia perlu menunaikan solat zuhur pulak. INi jawapannya:

Hukum solat JUmaat bg wanita

Tidak ada khilaf bahawa perempuan tidak diwajibkan solat jumaat. Ibnu Munzir telah berkata dlm kitabnya (Ijmak):"Telah bersepakat semua ulama yg kami tahu; tidak wajib solat jumaat kpd wanita."Dalilnya adalah hadis Nabi s.a.w:

(الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة:عبد مملوك أو إمراءة أو صبي أو مريض
Maksudnya: Solat JUmaat adlh hak yg wajib bg setiap Muslim secara berjemaah melainkan 4 golongan: 1. HAmba sahaya. 2. Perempuan. 3. Budak yg tak balig. 4. Pesakit. (HR Abu Daud).

Perempuan yg pergi solat jumaat

Perempuan dibenarkan pergi solat jumaat, walaupun sembahyang dirumah lebih baik. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w:

( لاتمنعوا نساءكم المساجد وبيوتهن خير لهن)
Maksudnya: Jangan kamu tegah isteri dan anak perempuan kamu untk solat di mAsjid; Solat di rumah lebih baik bg mereka.(HR Abu Daud)

JIka mereka hendak ke masjid hendaklah mereka dlm keadaan yg tidak menimbulkan fitnah seperti memakai wangian dan sebagainnya. Nabi bersabda:

( لا تمنعوا إماء الله المساجد ولكن ليخرجن تفلات)
Maksudnya: Janganlah kamu tegah wanita2 di bawah tanggunganmu ke Masjid; tetapi hendak mereka keluar dengan tak memakai wangian.(Bukhari dan Muslim)

Ke masjid pun tak leh wangi2 inikan ke tempat2 yg lain..wanita hendaklah tidak menjadikan diri mereka fitnah pd lelaki..Lelaki pula jnganlah cuba menimbulkan fitnah pd diri wanita...BERHATI2LAH PD TIPU DAYA NAFSU DAN SYAITAN...BANYAK2 BERSERAH PD ALLAH..

Adakah perlu melakukan solat Zuhur?

PErempuan yg sudah solat jumaat tidak perlu solat Zuhur. IBnu Munzir berkata:

Para ulama telah bersepakat mana2 wanita yg telah solat jumaat maka itu mencukupi bgnya (tidak perlu buat solat zuhur); kerana gugur solat jumaat adalah satu keringanan bg mereka. Jika mereka buat yg lebih susah maka ianya memadai seperti org yg sakit.

3 ulasan:

abdullahngah berkata...

Islam utamakan yang lebih baik mwngapa mesti mencari yang kurang baik. Atas sebab itulah umat Islam macam buih dan berpecah kepada 73 puak.

Jangan larang jika isteri dan anak anak hendak ke mesjid tapi ingat jangan sampai membuka pintu fitnah.

Zaman sekarang pintu fitnah terbuka begitu luas, malahan sangat sukar untuk ditutup.

Apa tidaknya, situasi kini setiap lelaki terdedah dengan pakaian remaja yang menjolok mata atau dengan kata lain sering berhadapan gangguan seksual secara formaliti.

Oleh itu adalah mustahil untuk kita mengelak diri dari fitnah, malah sering diganggu seksual.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya baik sanggat jika kita benarkan kaum muslimah ke masjid hari jumaat tambahan bagi yg berkerja di bandar2.Apa yg saya dapati kebanyakan kaum muslimah bila hari jumaat suka pergi ke gian,tesko,jasco dll.para suami galakan isteri ke masjid hari jumaat.

Tanpa Nama berkata...

Solat Jumaat tidak dituntut pada kaum wanita, walau macam mana pun lebih baik solat Jumaat sekiranya berdekatan dengan tempat kediaman. Mereka yang digalakan ini yang tidak keujuran dan meninggalkan anak anak yang masih kecil.