23 Julai 2010

Umno ajar perpecahan, benci antara kaum

10 Syaaban 1431 H
Oleh: Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 21 Julai: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) berkata, Umno mengajak kepada pepecahan dengan menanamkan perasaan membenci kaum lain sehingga orang Melayu jauh daripada Islam.

"Tak ada orang yang nak pada perpaduan, semuanya nak perpaduan cuma perpaduan itu nak dibuat atas asas apa," soal beliau petang tadi ketika menghubungi Harakahdaily.

Beliau berkata, Umno belakangan ini baru menguar-uarkan semula agenda perpaduan Melayu setelah rakyat kian berminat pada politik baru PAS dan Pakatan Rakyat.

Manakala, PAS pula, katanya, mengajar orang-orang Melayu dan bukan Melayu supaya kembali bersatu-padu mengikut acuan Islam.

"Masalahnya, Umno mengajak pada pepecahan dengan ajar membenci kaum-kaum lain hingga orang Melayu jauh dari Islam yang PAS perjuangkan, PAS ajak pada Islam," ujarnya mengenai tindakan Umno menggunakan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kononnya untuk perpaduan PAS dengan Umno.

Bagi Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud pula, rancangan Harussani itu seumpama jenaka.

"Saya tak terlibat," ujar beliau sambil ketawa.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar secara peribadi turut menafikan bahawa beliau pernah terbabit dengan rancangan Harussani itu."Saya tidak pernah berjumpa mufti itu," ujarnya beliau yang juga AJK PAS Pusat.

Bagi Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar, cadangan Harussani seakan mengikut nasihat Firma Perunding Antarabangsa APCO Worldwide (IAC).

"APCO percaya yang Umno memerlukan PAS untuk PRU13 ini, tindakan Harussani mungkin ke arah itu," ujarnya sambil menafikan bahawa beliau terlibat dengan rancangan Harussani.

Harakahdaily/-

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

UMNO HIDUP BERNYAWA SELAGI ADANYA TAKSUB PERKAUMAN DLM MASYARAKAT SEPERTI ORG2 MELAYU DGN UMNO, ORG2 CINA DGN MCA DAN ORG2 INDIA DGN MIC... ITULAH PERJUANGAN UMNO DI MALAYSIA, MENGAGIHKAN KEKAYAAN KPD SEMUA2 KAUM MELALUI PARTI2 PERKAUMAN YG LAMA KELAMAAN TIDAK LAGI RELEVAN.

DAN APABILA RAKYAT MULA BERSATU DAN MERASAKAN SESUATU MASALAH DLM MASYARAKAT MESTI DIHADAPI BERSAMA DENGAN MENGENEPIKAN SENTIMEN PERKAUMAN, MAKA MERASA AMAT TERANCAM...PERPADUAN SEBENAR ANTARA KAUM AKAN MENGANCAM SURVIVAL UMNO SEBAB ITULAH ISU PENDIDIKAN SEKOLAH TIDAK BERANI DI SENTUH.

DEMI SURVIVAL UMNO, MAKA ISU PERKAUMAN AKAN SENTIASA DITIUP SEPANJANG MASA...KERANA NAJIB SUDAH MEMBAWA KONSEP 1MALAYSIA, MAKA DLM MASA YG SAMA DI BELAKANG TABIR, UMNO JUGA MENAJA PERKASA, SUPAYA ISU PERKAUMAN AKAN SENTIASA PANAS SEPANJANG MASA, INI AKAN MENGUNTUNGKAN UMNO, MCA, MIC. SEMUA RAKYAT MALAYSIA TERUTAMA KAUM CINA YG LEBIH CERDIK SUDAH TAHU...

Tanpa Nama berkata...

PARTI KEBANGSAAN MELAYU BERSATU, menjadi PARTI KEBOBROKAN MELAYU BERPECAH, sebabnya: dasar sekular dan asobiah memisahkan dari Islam, kebanggaan kebangsaannya menjauhkan dari perpaduan, maka jadilah ia parti reput yang menunggu masa untuk dibakar.