28 Oktober 2010

Mujahadah Melawan Nafsu Jadi Agenda Utama

19 Zulkaedah 1431 H
Oleh : Ahmad Baei Jaafar

Mujahadah Melawan Nafsu menjadi fokus Solusi Isu no25 kali ini. Mengapa perlu kita melawan hawa nafsu? Bagaimana hendak melawan hawa nafsu dalam diri kita sendiri? Semua persoalan itu akan dikupas dan dijelaskan penyelesaiannya.

Nafsu merupakan musuh manusia yang sangat hampir dengan manusia. Nafsu bersama dengan syaitan tidak pernah mengisytiharkan genjatan senjata dengan manusia. Oleh sebab itu, mereka akan terus berusaha menggagalkan manusia daripada taat kepada Allah.

Jalan Keluar kepada isu ini ialah masing-masing perlu bertindak mengawal nafsu dan syaitan dan kita perlu menunggang kedua-duanya bukan kedua-duanya menunggang kita. Dalam hal ini ulama perlu mampu menundukkan nafsu dan syaitan, dan selepas itu baru orang ramai boleh mengikutnya.

Semoga kita berjaya menyelamatkan diri kita daripada dikudai nafsu dan syaitan. Solusi akan memberi panduan kepada anda semua. Selamat Membaca.

1 ulasan:

Chendrawasih berkata...

Nak menundukkan nafsu ada caranya dan kaedahnya yg diterima dari Rasulullah saw kpd para sahabat pilehan baginda dan beterusan hingga ke hari ini oleh golongan sufi sebagaimana firman Allah, 'Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dgn penuh kesungguhan dan rasa takut, tanpa mengangkat suara pada pagi dan petang dan jangan lah kamu termasuk orang orang yang lalai'- Al-A'raaf:205. apa yg di keluarkan oleh majallah SOLUSI itu harus dipuji..