29 Oktober 2010

ZUL KULIM BAWA CERITA BODOH

20 Zulkaedah 1431 H
Oleh : WFAUZDIN NS

SUDAH lama tidak mendengar YB Zul Kulim merepek. Akhbar Sinar semalam menyiarkan kenyataan Zul Kulim yang sinonim digelar `firaun besar' ini yang mengulas tentang Pilihanraya Kecil di Parlimen Batu Sapi, Sabah. Biasalah, tiap kali pilihanraya Zul Kulim akan muncul meraih publisiti.

Kali ini Zul Kulim menyebut bahawa sepatutnya PAS yang bertanding di situ, bukannya PKR. Alasannya, PAS sebagai pertubuhan politik yang menjadikan pilihanraya sebagai jalan dakwahnya. Mengapa PAS tidak mahu berdakwah di Sabah? Itulah soalan bodoh dari orang yang bodoh.

Apabila Zul Kulim bertanya soalan seperti itu, aku mulalah keliru samada benarkah Zul Kulim ini pernah berada di dalam PAS. Benarkah beliau di`sepak' keluar dari PAS atau beliau sendiri melompat keluar dari PAS akibat menyedari dirinya yang bodoh dan jahil agama itu tidak layak berada di dalam PAS?

Jika sedemikian jahilnya Zul Kulim, usahkan PAS, PKR atau DAP pun tidak sudi menerima beliau. Tidak tahulah kot-kot Makhal Sakti mahu terima Zul Kulim yang benak ini.

Dengar ceritanya dulu dia seorang `ustaz'. Ke hulu ke hilir berkuliah, sesekali berceramah politik. Masa itu bukan main lagi dia membela DS Anwar yang difitnah liwat kali pertama dulu. Bodek dia pada DS Anwar sehinggakan yang tiada diada-adakan kununnya beliau tahu semua kisah DS Anwar.

Maklumlah `Peguam' dalam kes DS Anwar walaupun kerjanya `tukang bawa fail' saja. Jika benar Zul Kulim ini Ustaz, mustahil dia tidak tahu apa itu `dakwah'? Ke mana otak Zul Kulim sekarang? Teruk betul semenjak keluar dari PKR, masakan otak beliau tidak lagi boleh berfungsi?

PAS sebuah parti politik yang berteraskan Islam, juga merupakan satu jemaah yang sentiasa menjalankan usaha dakwahnya samada adanya pilihanraya atau tidak. Di Sabah, walaupun rakan sekutu PAS yang bertanding, PAS tetap turun berkempen di samping menjalankan usaha dakwahnya iaitu menegakkan keadilan dan kebenaran di samping menghapuskan kebathilan.

Dakwah bukan bermakna terhenti tatkala tiada pilihanraya. Jika itu tafsiran Zul Kulim terhadap PAS, memang wajar PAS menolak beliau dari menjadi ahli kerana kejahilannya yang tidak lagi boleh diajar.

Sebenarnya Zul Kulim sudah tiada isu lagi untuk memburukkan PAS dan PR. Beliau juga sudah semakin dilupakan oleh Umno kerana beliau gagal sepenuhnya menjalankan tugas sebagai `barua' yang bermanafaat.

Serangan Zul Kulim terhadap DS Anwar `dibawa angin lalu' kerana isu DS Anwar sudah di`booking' oleh Senatak Ezam sesumpah. Lagi banyak Zul Kulim bercakap, lagi terserlah kebodohannya.

7 ulasan:

PCL berkata...

adusss...pedih berbisa..cayalah Tuan Dr.

merbok berkata...

makin nyanyuk wakil rakyat aku ni. ni dah masuk kategori PARAH!!

apa-apapun orang kulim/bandaq bharu takkan dibodohkan untuk kali kedua! tunggu laa PRU nanti.

Tanpa Nama berkata...

kalau nabi muhammad masih hidup dan celik huruf pasti baginda rasa bangga dengan artikel saudara.

Tanpa Nama berkata...

bg aku ada kebenarannya apa yg zul kulim ni ckp...

Tanpa Nama berkata...

aku org umno,,,tempat aku parliman pas bertanding,,,dun pkr bertanding....aku undi pas utk parliman dan undi bn utk dun sbb aku selesa dgn pas, aku meluat dgn pkr,,,tp aku sayang umno sbb cari makan,

Tanpa Nama berkata...

apakah dengan menyertai pilihan raya saja kita hanya boleh berdakwah. kesian fahaman kawan kita ni tentang dakwah.

Pakcik Mat PAS berkata...

Woi YB Zul kenapa hang tak pi sabah berdakwah kat sana...Takkan suruh pas sorang-sorang terkontang kanting dengan puak-puak pakatan rakyat je berdakwah kat sana..Kalau hang Islam..tentu hang pun wajib berdakwah di sana...Macam mana orang boleh panggil hang Ustaz...Pelik...