07 November 2010

Memilih pemimpin menurut Islam

1 Zulhijjah 1431H.
Oleh : Ust. Salman Maskuri

Pemilihan pimpinan adalah suatu perkara yang penting bagi umat Islam kerana mereka akan membawa hala tuju orang yang di pimpin. Dalam perkara yang kecil pun Islam menyuruh kita memilih pemimpin. Rasulullah saw bersabda:

“ Apabila kamu keluar bermusafir 3 orang hendaklah kamu memilih seorang untuk menjadi ketua.”

Hadis riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.

TOLAK PEMIMPIN YANG GILA KUASA

Maksud gila kuasa adalah yang inginkan keuntungan dunia disebalik jawatan tersebut. Kepimpinan adalah satu tanggung jawab yang sangat berat dan bukan suatu benda yang harus direbut. Nabi saw bersabda:

“ Demi Allah sesungguhnya kami tidak akan memberikan tugas kepimpinan kepada orang yang memintanya dan orang yang tamak dengannya.”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

PILIH PEMIMPIN YANG DIREDAI ALLAH DAN RASULNYA

Siapa yang ada kuasa untuk memilih pimpinan dalam apa jua sitiuasi (walau pun sekadar ketua rumah/kelas) ia mempunyai tanggung jawab yang sangat berat kerana kewajipan kepadanya untuk memilih yang paling diredai oleh Allah dan Rasulnya. Kesemua manusia , persatuan, parti dan sebagainya ada membuat kesilapan. Nabi saw sendiri sebagai pemimpin agung juga ditegur secara terang – terangan oleh Allah dalam surah Abasa. Kita hendaklah memilih pemimpin yang kurang kesilapan dan kesalahannya serta lebih disayangi oleh Allah dan Rasulnya. Oleh itu kita wajib memilih pemimpin yang lebih diredai oleh Allah dan Rasulnya. Nabi saw bersabda:

“ Sesiapa yang yang melantik seorang lelaki untuk mengurus dan memerintah satu kaum sedangkan ada yang Allah lebih reda daripada lelaki tersebut , sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, Rasulnya dan orang-orang beriman.”

Hadis riwayat Hakim dari Ibnu Abbas.

Ada yang memilih seseorang kerana ia saudaranya , kerana itu rakannya, kerana dia boleh bagi duit banyak, kerana nak kenakan dia, kerana lebih baik rupa paras, kerana lebih kaya, kerana banyak keuntungan dunia dan niat-niat yang lain yang bukan ianya lebih Allah dan Rasulnya redai. SEMUA ITU ADALAH SATU PENGKHIANATAN KEPADA ALLAH, RASUL DAN ORANG-ORANG BERIMAN.

PILIHLA PEMIMPIN YANG MEMBAWA MU KE AKHIRAT

Banyak pemilih-pemilih yang teruja dengan projek-projek dunia yang memuaskan keinganan dunia mereka sedangkan pemimpin itu jarang bercakap tentang akhirat apalagi menggalakkan rakyatnya beramal untuk ke akhirat. Kita semua sudah mengetahui bahawa kehidupan akhirat adalah kehidupan hakiki dan dunia adalah sementara. Oleh itu kita hendak pemimpin yang membawa projek akhirat dan dalam masa yang sama tidak mengetepikan dunia dari tangan. Pemimpin yang selalu mengingatkan kita tentang akhirat dan pemimpin yang melaksanakan hukuman akhirat. Firman Allah swt:

“ Dan kehidupan akhirat adalah lebih baik bagi kamu dan lebih kekal.”

Ayat 17 surah al-A’la

DUA CIRI UTAMA PEMIMPIN

Nabi saw telah bersabda:

“ Sesungguhnya kamu akan menakluk di timur dan dibarat bumi. Semua pemimpin-pemimpinnya berada dalam neraka kecuali dia bertakwa kepada Allah dan yang memegang amanah.”

Hadis riwayat Ahmad daripada Mas’ud bin Qubaisah.

Takwa adalah orang yang menjunjung perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Amanah adalah menguruskan orang bawahannya mengikut al-Quran dan Sunnah bukannya mengikut logik pemikirannya.

MEMILIH PEMIMPIN ADALAH CARA MENEGAH KEMUNGKARAN

Menegah kemungkaran adalah kefarduan utama bagi orang yang ada kuasa , oleh itu diantara kemampuan yang dimiliki oleh rakyat adalah kuasa memilih. Ini juga termasuk apa yang Nabi sebut:

“ Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan kuasanya.”

Hadis sahih Muslim

Diantara kuasa yang ada pada kebanyakan manusia pada hari ini adalah kuasa memilih.Sesiapa yang memilih pemimpin yang tidak Allah redai atau tidak memilih pemimpin sedangkan dia boleh memilih , dia telah mengkhianati amanah Allah, Rasul dan orang-orang beriman seperti dalam hadis yang lepas.

OLEH ITU LARI DARI MEMILIH ADALAH PENGKHIANATAN DAN MEMILIH PEMIMPIN YANG TIDAK ATAU KURANG DEREDAI ALLAH JUGA SATU PENGKHIANATAN.

http://akhisalman.blogspot.com/

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mohon share artikel ni :)

Tanpa Nama berkata...

manusia skrg lebih berpegang apa kesenangan yang pemimpin bagi didunia berbanding apa kesenangan yang pemimpin akan bagi diakhirat.

manusia terlalu buta. mengejor kesenangan didunia.
pasal pru13, masing2 sibuk pertahankan parti tertentu dgn alasan dia memberi kesenangan didunia, cth: BR1M. tkde sorang pn bagi alasan parti tersebut tlh memberi satu kerajaan islam yang sempurna. yang disyariatkan.

sedih. kita perlu pemimpin yang membawa kita kearah islam yang lebih mantap. kalau diteruskan mcm ni, islam hanyalah sebagai agama rasmi yang tidak dipraktikkkan olh sesiapa pn.

Tanpa Nama berkata...

Maaf saudara/ saudari,

Saya ini bukan lah mempunyai sebarang pengalamab dalam memimpin negara. Apatah lagi dalam ilmu berpolitik ini. Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik itu hanya daripada Allah swt. Tetapi, izinkan saya mengingatkan bahawa politik itu bukanlah hanya mengenai Islam semata2. Politik itu adalah mengenai segalanya: Islam, Ekonomi, Bangsa (di Malaysia ialah Melayu), Perpaduan kaum dan seterusnya. Contahnya amat jelas apabila kita mengkaji kepimpinan Rasullulah saw sendiri dan para sahabatnya. Benar, kerajaan sekarang tidak banyak menekankan ilmu Islam dalam pemerintahan. Tetapi mengapa hanya perlku bergantung kepada kerajaan sahaja jika ingin mendidik generasi akan datang dtentang agama? Islam adalah peranan yang patut dipikul oleh semua umat Nabi Muhammad s.a.w. Saya sebagai hamba Allah swt yang mengakui penuh dgn kekurangan ini mengakui, jika saya perlu memilih antara pemimpin yang ada sekarang, saya akan memilih yang mampu menyatukan semua kaum, agama dan bangsa, walaupun kurang beriman drpd pemimpin yang mengakui dirinya beriman tetapi tidak mampu memimpin ke arah perpaduan. Perpaduan ialah sesuatu yang kita sebagai manusia perlu berusaha untuk mendapatkannya. Dengan izin Allah swt, jika kita benar2 ikhlas ingin mendapatkannya, saya percaya kita mampu memperolehinya satu hari nanti. Bila? 10 tahun? 100 tahun? Itu saudara/saudari, saya sendiri tak dapat menjawab melainkan Allah swt yang Maha Besar lagi Maha Mengetahui. Saya harap, saya tidak menyinggung sesiapa. Hanya berkongsi pendapat. Sesiapa pun yang saudarai/saudari pilih nanti, pasti dan yakin mereka lah yang mampu memberi yang terbaik daripada yang sebelumnya.

Unknown berkata...

Saya setuju dgn tanpa nama

Unknown berkata...

mohon share artikel ini

Tanpa Nama berkata...

Mentaati pemerintah kaum muslimin yang beragama Islam adalah fardu ‘ain berdalilkan firman Allah s.w.t dalam surah alp-Nisaa ayat ke-59:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا

Maksudnya: “Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur’an) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”.

Kewajipan taat kepada pemimpin kaum muslimin adalah perkara ijmak dalam kalangan ASWJ bahkan para ulama juga telah ijmak wajibnya memerangi kaum bughah yakni mereka yang menentang pemimpin Islam secara bersenjata.

Tanpa Nama berkata...

Keempat: Haram Memberontak dan Menggulingkan Pemerintah Yang Zalim

Walaupun disuruh kita tidak mengikuti perintah yang berunsur maksiat, namun pemimpin yang menyuruh melakukan maksiat atau melakukan maksiat hanya wajib dinasihati secara baik dan tidak boleh digulingkan dengan kekerasan atau menderhaka kepadanya. Sabda Rasulullah s.a.w:

Dalilnya hadis Muslim dan Ahmad berikut:

عن عوف بن مالك عن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال ( خيار أئمتكم الذين تحبونهم ويحبونكم ويصلون عليكم وتصلون عليهم وشرار أئمتكم الذين تبغضونهم ويبغضونكم وتلعنونهم ويلعنونكم ) قيل يا رسول الله أفلا ننابذهم بالسيف ؟ فقال ( لا ما أقاموا فيكم الصلاة وإذا رأيتم من ولا تكم شيئا تكرهونه فاكرهوا عمله ولا تنزعوا يدا من طاعة )

Maksudnya: Daripada Auf bin Malik daripada Rasulullah s.a.w sabda baginda: “Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu suka dan mereka menyukai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu, seburuk-buruk pemimpin kamu adalah yang kamu benci dan mereka benci kepada kamu, kamu melaknapt mereka dan mereka melaknat kamu”. Kata para sahabat: ‘wahai Rasulullah, apakah tidak boleh kami memerangi mereka?’ Jawab baginda: “Tidak boleh selagi dia mendirikan solat dalam kalangan kamu dan jika kamu melihat pemimpin kamu melakukan sesuatu yang dia benci maka bencilah amalannya tetapi jangan cabut tangan dari mentaatinya (dalam makruf)”.

Hadis ini tidaklah menunjukkan bolehnya melaknat pemimpin kerana tidak boleh sama sekali melaknat seseorang muslim tetapi melaknat amalan pemimpin tersebut.

Sabda Rasulullah s.a.w:

(ستكون أمراء فتعرفون وتنكرون فمن عرف برئ ومن نكر سلم ولكن من رضي وتابع ) قالوا أفلا نقاتلهم ؟ قال ( لا ما صلوا )

Maksudnya: “Akan ada nanti pemimpin-pemimpin yang kamu suka amalan mereka dan ada yang kamu benci (kerana ianya maksiat), sesiapa yang mengenal pasti maksiat yang dilakukan maka dia terlepas, sesiapa yang ingkar dia selamat, tetapi (yang binasa) adalah yang reda dan mengikut”. Para Sahabat berkata: ‘Apakah tidak boleh kami memerangi mereka?’ Kata baginda: “Tidak boleh selagi mereka bersolat”. [Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi, Ahmad].

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

( يكون بعدي أئمة لا يهتدون بهداي ولا يستنون بسنتي وسيقوم فيهم رجال قلوبهم قلوب الشياطين في جثمان إنس ) قال قلت كيف أصنع ؟ يا رسول الله إن أدركت ذلك ؟ قال ( تسمع وتطيع للأمير وإن ضرب ظهرك وأخذ مالك فاسمع وأطع )

Maksudnya: “Akan ada selepasku pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak mengikut sunnahku dan akan ada dalam mereka lelaki-lelaki yang berhati syaitan berbadan manusia”. Kata Huzaifah:’Aku bertanya: Maka bagaimana aku harus lakukan wahai Rasulullah?’ Jawab baginda: “Kamu dengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia menyebat belakangmu dan merampas hartamu, dengar dan taatlah”. [al-Bukhari & Muslim, lafaz bagi Muslim].

Sabda Rasulullah s.a.w:

مَنْ كَرِهَ مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا فَلْيَصْبِرْ فَإِنَّهُ مَنْ خَرَجَ مِنْ السُّلْطَانِ شِبْرًا مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً

Maksudnya: “Sesiapa yang membenci akan perbuatan pemimpinnya (yang maksiat) maka bersabarlah kerana sesungguhnya sesiapa yang keluar menentang pemerintah sejengkal lalu mati, maka dia mati sebagai orang jahiliah”. [al-Bukhari & Muslim]

Syarat untuk keluar memberontak adalah apabila pemimpinnya menjadi kafir maka ketika itu wajib atas kaum muslimin melucutkan jawatannya dengan cara yang paling elok dan jika tidak ada jalan lain melainkan perang maka hendaklah berperang jika tidak hendaklah mereka berhijrah. [Syarah Tahawiyah min Kalam Ibn Taimiah, 86&87].

anjasmara berkata...

Komen terakhir "tanpa nama berkata" yg berbunyi....Keempat: Haram Memberontak dan Menggulingkan Pemerintah Yang ZalimWalaupun disuruh kita tidak mengikuti perintah yang berunsur maksiat, namun pemimpin yang menyuruh melakukan maksiat atau melakukan maksiat hanya wajib dinasihati secara baik dan tidak boleh digulingkan dengan kekerasan atau menderhaka kepadanya.'.....saya SAMA SEKALI TIDAK BERSETUJU....sebab

1.hadis menerangkan ttg isi kandung Quran bukan membelitnya.....

FIRMAN ALLAH AWJ "SESUNGGUHNYA TIDAK KAMI UTUSKAN MUSA MELAINKAN UNTUK MEMBINASAKAN RAJA YANG ZALIM (FIRAUN)"

Maka, wajib bagi UMAT ISLAM menolak pimimpin yg zalim, munafik atau murtad dan mengantikan ia dgn pemimpin yg mampu mengangkat Agama dan Hukum ALLAH dalam tampuk pemerintahannya...

ciri2 pemimpin munafik, jahil dan zalim:-
1. Bilamana bersolat ia selalu dibelakang menjadi makmum demi menutupi kejahilan agamanya.
2. Bilamana ia berhukum dengan berpandukan pada kitab karangan manusiadan bukannya dari QURAN & SUNNAH (HUDUDULLAH)
3. Bilamana diberi amanah maka ia tidak beramanah (mengambil hasil rakyat dan memberi mewah kpd anak bini, keluarga dan sekutunya)
4. Bilamana berdebat/berucap dia jahil tentang ilmu yg wajib ada padanya
5. Bertuhankan wang dan pangkat
6. Menjadikan golongan ulamak yg mendukung QURAN & SUNNAH sbg musuh demi menurut sifat tamak dan gila kuasa.

tambahan:-
seorang laki dayus yg takut mendidik isteri taat pada ALLAH & RASUL utk menutup aurat tidak layak menjadi pemimpin....

sekian

Tanpa Nama berkata...

salam sejahtera semua...maaf kn saya sekira tersalah,hanya sahaja ingin berkongsi dan rasa nya saya sngat setuju dgn sdr..baik firman dan juga sabda rasulullah saw bagi saya adalah tepat..saya berpendapat jika pemimpin masyrkat yg lantik jadi mengapa pulak masyrkat sendiri menghukum nya..klu pun terbukti dgn kezaliman cara berhemah itu kan lagi bijak sana..firman dan sabda Rasul itu kan tepat bagi masyarkat atau yg pemimpin itu sama beragama islam yg susah utk kita buktikan kesalahan apa yg dilakukan..dan bagi saya juga sesuai dlam kongsep imam dlm sembahyang berjamaah,,kta sbg makmum begitu juga imam kan itu saling bertanggung jawab atau pun pertanggung jawab masing2 itu kn kita mengetahui,di saat imam kecemasan bagaimana,yg jadi imam itu bagai mana..jadibagi kita masyrkat tak tepat kita salahkan pemimpin sedang kn masyrkt sendiri yg mempertanggung jawab kn kita pada pemimpin..jadi perlu berhemah dalam melihat isu ini...

Unknown berkata...

salam sdr anjasmara sesama islam...yg sesungguh nya firman Allah swt adalah benar
yg kadang kala manusia itu sendiri yg terkeliru,yg berbeza-beza utk mentafsirkan maksud nya.mengapa perlu nya kita melihat..
apa kah firman itu sbg suruhan atau pn sbg ingatan,peringatan atas apa yg berlaku,yg semua itu adalah wajar dan tepat,benar jika Allah swt menunjuk kn menberitahukn asal usul,perihal di masa lalu yg manusia itu tdk terlepas dari pada kesinambungan yg manusia di cipta tdk pernah terlepas pertanggung jawab seseorg manusia trhadap penciptanya..yg sesungguh nya boleh menberikan keyakinan pd manusia yg kehidupan initerjadi atas ke esaan Allah swt..atas ciptaan nya

mengapa perlu kita melihat..
panduan yg Allah swt berikan utusan nya yaitu Nabi muhammad saw sbg yg terakhir..yg pasti lengkap kesempurnaan sbg pengajaran,panduan dan contoh.dan patut kita terima jika sesetengah manusia tdk dpt melihat kesemua baik yg pekara kecil maupun yg besar dan perlu kita sedar yg hakikat manusia punya kelemahan dan juga punya pemikiran,pertimbangan utk menbezakan yg tentu akal punya peranan yg besar dalam menilai fantasi dan realiti contoh nya...sehaluan kah jika sebuah keluarga lebih dari 5 org dlm 1 keluarga yg kita tahu watak nya beraneka,yg tentu tidak!
dlm erti kata sehaluan atau perpaduan lebih jelas sekata-seirama sepakat dsb utk mencapai tujuan?yg tentu tdk dpt disepakati kerna adanya hukum agama kerna sesetengah nya juga kadangkala tdk melibat permasalahan agama.
kembali melihat perlu nya panduan dan contoh sbg utusan tuhan yaitu Rasul saw...
dalam bermasyakt,bukan kah ada di tunjukkan sifat bertolak ansur dan berhemah?contoh nya yg jelas jika ada tawanan yg tentu orang(jahil)perlu kah di bunuh klu mengikut hukum agama..yg tentu sgt adil dan jelas perbuatan sseorg itu terhdp Rasulullah saw kan begitu?jadi banding kn zaman ini sesama manusia yg pasti kita tdk dpt menentukn 50% perbuatan manusia lain itu tdk dpt kita menyangkal nya kecuali lah berpandukan Fantasi semata yg bagi saya dan juga sdr pn tdk akn melampaui tdk dpt menidak kn kebijakn Nabi saw sbg utusan...kan begitu!