07 November 2010

Mengapa PAS kalah di Galas

29 Zulkaedah 1431H.
Wan Nik Wan Yussof

Pilihan raya kecil (PRK) N.45 Galas sudah berlaku pada 4 November lalu. Kekosongan kerusi yang berlaku sejak 27 September 2010 sudah diisi oleh seorang wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN). Proses pengisiannya berlaku melalui pengundian yang tidak menyebelahi PAS. Kesannya membawa kemerosotan pencapaian PAS yang lebih teruk daripada pilihan raya kecil Manek Urai pada Julai 2009 yang lalu. Ia juga suatu gambaran penggunaan secara salah jentera Kerajaan Pusat di Galas yang mungkin bakal merebak dalam pilihan raya umum ke-13 nanti. Justeru itu, PAS yang mengawal sebuah ‘kerajaan kecil’ di Negeri menerima kekalahan di Galas. Mungkinkah ini punca sebenar kekalahan PAS dan Pakatan Rakyat di Galas?

Punca PAS kalah

Banyak jawapan yang boleh diberi oleh jentera kempen PAS semasa post-mortem bagi merasionalisasikan punca PAS kalah di Galas. Namun latar belakang punca kekalahan PAS pada asasnya perlu dilihat dahulu aspek kekuatan sebenar PAS di Galas. Pencapaian PAS tahun 1999 dan 2004 antara ukurannya.

Pada dua pilihan raya itu, kekuatan PAS hanya sekitar 36 peratus sahaja. Sedangkan pada pilihan raya umum 2008 PAS mencapai kemenangan pada paras 54 peratus. Berlaku penambahan peratus sokongan kepada PAS sebanyak 18 peratus. Apakah punca kemenangan itu?

Banyak pihak bersetuju, ia berlaku atas faktor calon sebagai peribadi yang mewakili PAS pada pilihan raya umum 2008 itu. Tokohnya ialah Arwah Che Hashim, seorang yang popular berkhidmat kepada rakyat dan diterima baik oleh semua pihak termasuk masyarakat Cina dan Orang Asli. Khidmatnya bermula sebaik sahaja beliau kalah dalam pilihan raya umm 2004. Maka tidak harianlah beliau berupaya menang ‘terkejut’ apabila mengalahkan penyandang wakil rakyat Galas ketika itu, Saufi Deraman.

Namun kemenangan PAS pada 2008 itu bukan bergantung sepenuhnya kepada faktor calon. Malah suatu faktor yang lebih bersifat strategik ialah gerakan kepartian dan penyusunan gerak kerja pilihan raya PAS di Galas antara 2004 sehingga pilihan raya 2008. Di antaranya nilaian strategik yang berjaya dilakukan ialah pendaftaran pemilih baru kalangan warga Galas, termasuk yang berada di perantauan. Hasilnya, pihak PAS dikatakan berjaya mendaftar lebih 1,000 orang pengundi baru. Justeru undi PAS tahun 2004 (kira-kira 3,000 undi) dijadikan teras ukuran sokongan rakyat apabila dicampur dengan 1,000 pengundi baru, maka logiknya PAS mencapai 4,000 undi pada pilihan raya umum 2008. Natijahnya, PAS mencapai kemenangan di Galas pada 2008 adalah tepat pada angka sokongan sebanyak 4,399 undi atau pada undi popular 53.96 peratus (54 peratus). Sedangkan undi popular PAS pada 2004 hanya 36 peratus. Bermakna PAS berjaya mencapai lonjakan agak besar iaitu 18 peratus.

Sehubungan itu, sumbangan 1,000 pengundi baru yang berjaya didaftarkan sepanjang 2004-2008 itu adalah bernilai 22.73 peratus apabila dinisbahkan dengan undi yang dicapai 4,399 pada pilihan raya umum 2008. Namun, selepas 2008 didapati usaha mendaftar pengundi baru tidak berlaku secara baik. PAS dikatakan hanya berjaya mendaftar sekitar 500 orang sahaja. Sedangkan pihak BN dikatakan berjaya mendaftar kira-kira 1,000 pengundi baru. Maka secara matematiknya, pihak BN sudah berjaya menyeimbangkan nilai undi yang dicapai tahun 2008 yang hanya kalah sebanyak 646 undi pada 2008. Justeru itu, semasa pilihan raya kecil Galas ini kekuatan PAS dan BN berada pada paras 50:50 dan pihak BN hanya memerlukan sedikit tambahan undi ke arah meraih majoriti.

Di atas rasionalisasi strategik tersebut, adalah amat mudah bagi BN meraih tambahan undi. Pendekatan rasional BN tidak lain ialah dengan cara memfokuskan faktor kekuatan dan peluang bagi BN meraih sokongan undi tambahan. Faktor kekuatan BN adalah jentera Kerajaan Pusat dan peluang bagi BN ialah pengundi Orang Asli dan pengundi terapung kalangan orang Melayu dan Cina. Pilihan raya kecil Galas kali ini jelas menyaksikan nilai rasionalisasi BN berjaya menggunakan sepenuhnya kekuatan jentera Kerajaan Pusat sekali gus berupaya meraih tambahan undi baru kalangan Orang Asli dan pengundi terapung orang Melayu dan Cina. Logiknya, inilah punca kekalahan PAS.

Meskipun diketahui PAS turut berusaha melakukan pendekatan terbaik bagi memenangi hati Orang Asli dan sejumlah pengundi terapung. Apa yang jelas, jentera kempen PAS hanya berjaya mempertahankan jumlah undi yang dicapai pada 2008 sekitar 4,000 undi. Sedangkan pencapaian BN melebih 5,000 undi adalah disumbangkan oleh peningkatan undi di semua saluran mengundi.

Keputusan pilihan paya kecil (2010)

Walau bagaimanapun, pilihan raya kecil kali ini menyaksikan PAS mendapat 4,134 undi berbanding BN memndapat 5,324 undi. Maka BN ialah 1,190 undi. Pilihan raya kali ini pula menyaksikan 83 peratus atau 9,950 keluar mengundi dan 132 undi rosak.

Menariknya daripada trend pengundian kali ini ialah tingginya keluar mengundi seperti mana juga pilihan raya umum 2008. Hal ini juga mempunyai penilaian politik tersendiri dalam konteks menjawab kenapa PAS kalah pada pilihan raya kecil Galas kali ini. Antara yang jelas adalah penggunaan jentera Kerajaan Pusat, khasnya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia yang berjaya memunggah, mengumpul dan menjamu pengundi Orang Asli secara teratur sejak awal sebaik sahaja gendang pilihan raya dipalu.

Analisis mendapati jumlah keluar mengundi kelompok Orang Asli meningkat agak besar, 7.73 peratus, iaitu daripada 77.79 peratus (2008) kepada 85.52 peratus (2010). Sedangkan di semua peti undi bukan Orang Asli peningkatan agak kecil hanya 0.50 peratus, iaitu daripada 81.05 peratus (2008) kepada 81.55 peratus (2010). Menjadikan peningkatan keseluruhan keluar mengundi sebanyak 1.65 peratus, iaitu daripada 80.57 peratus (2008) kepada 82.22 peratus (2010).

Faktor agensi kerajaan pusat

Melihat kepada sosioekonomi di Galas adalah berada dalam situasi pesat membangun dengan penduduknya sekitar 37,600 orang. Ekonomi yang berasaskan ekonomi tradisi (perladangan, perkebunan, pembalakan, perlombongan dan perniagaan) membolehkan perkhidmatan agensi dan jabatan Kerajaan Pusat berperanan secara langsung menguruskan sosioekonomi rakyat Galas. Paling berkesan ialah agensi yang mewakili Kerajaan Pusat - Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Lembaga Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) serta Jabatan Hal Ehwal Orang Asal Malaysia (JHEOA).

Istimewanya Tengku Razaleigh dalam mencipta kemenangan semula BN ialah mengarahkan kesemua agensi Kerajaan Pusat sebagai agen BN. Kesan daripada peranan agensi Kerajaan Pusat telah banyak melakukan pendekatan pengundi kerana semua agensi tersebut memiliki peralatan cukup bagi membujuk dan menarik sokongan politik untuk manfaat calon BN.

Menggunakan kekuatan agensi seperti Risda telah mampu menguasai semula minda ekonomi politik pengundi Cina di Kampung Pulai yang rata-ratanya adalah pekebun getah. Demikian pula Kesedar telah mengumumkan perumahan rakyat bernilai RM180 juta dan JHEOA membuat kurungan khas (menjamu) pengundi Orang Asli sebelum mereka dihantar ke pusat mengundi. Sementara agensi seperti jabatan KEMAS, Penerangan, Pembangunan Wanita, RELA dan tidak ketinggalan Jabatan Pendaftaran Negara telah secara terang-terangan digunakan untuk tujuan kempen terhadap pengundi mahu pun menyediakan perkhidmatan meraih sokongan pengundi.

Keseluruhan faktor agensi di bawah Kerajaan Pusat itu dilihat berperanan, maka kemudahan termasuk peralatan dan kewangan telah disalurkan untuk kepentingan kempen BN di Galas.

Prestasi 2010 dibanding 2008

Punca PAS kalah di Galas secara mudah boleh difahami daripada prestasi undi yang raih antara dua pilihan raya, iaitu daripada pilihan raya umum 208 kepada pilihan raya kecil 2010. Jadual 1 berikut menunjukkan PAS berkurang undi hanya 265 undi sahaja. Ini mungkin faktor undi terapung yang beralih kepada BN. Puncanya ialah kerana kekuatan jentera kempen PAS yang tidak dapat menguasai undi terapung yang pernah dicapai 2008. Maka nilai 265 undi itu jika dinisbahkan dengan undi PAS 2008 ialah 6 peratus. Impaknya PAS kekurangan undi popular 10.25 peratus.

Apa pun disebabkan upaya BN menarik 1,571 undi atau 41.85 peratus dibandingkan dengan undi BN 2008, maka undi terapung, malah undi peribadi yang pernah dicapai Arwah Chek Hashim telah beralih kepada BN.

Demikian pula, analisis khas seperti Jadual 2 mendapati populariti PAS kalangan pengundi Orang Asli didapati hanya merosot pada kadar 17 peratus atau 66 undi dinisbahkan dengan undi PAS 2008 sebanyak 387 undi. Berbeza dengan BN yang mencapai lonjakan 75 peratus atau 567 undi dinisbahkan dengan undi BN 2008.

Realiti tersebut membuktikan penggunaan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia dikira berkesan membawa kepada lonjakan undi maksimum pengundi Orang Asli keluar mengundi BN. Apakah isu ini wajar diamalkan dalam sistem demokrasi di Malaysia?

Sehubungan itu, pilihan raya kecil Galas kali ini menyaksikan suatu kerakusan kuasa state ke atas aparatusnya demi survival dominasi BN dalam mengukuhkan hegemoni! Jelas punca kekalahan PAS kali ini banyak disumbangkan oleh penggunaan maksimum jentera Kerajaan Pusat selain kelemahan persiapan dalaman PAS sendiri dalam menghadapi pilihan raya kecil.

Wan Nik Wan Yussof,
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan

18 ulasan:

mamat drebar berkata...

kalau PR perentah Mesia, jentera2 ni gak yang akan bantu kan?

Raziq Najab berkata...

DENGAN 2 KEMENANGAN INI UMNO / BN AKAN BERASA KEKUATAN & SOKONGAN RAKYAT TERHADAP MEREKA DI TEMPAT TERATAS DAN MASA YANG AMAT SESUAI UNTUK PRU-13 AKAN DI ADAKAN. OLEH YANG DEMIKIAN SAMA2LAH KITA DARI PR MEMULAKAN GERAK KERJA SEMAKSIMUM MUNGKIN MENGHADAPI PRU NANTI!
TINGKATKAN USAHA DAN BERDOALAH!!!

PERGI JAHANAM DENGAN UMNO! PERSETAN DENGAN BN!

Tanpa Nama berkata...

saya rasa Pas/PR tidak perlu merasa ada kekurangan di dalam persiapan menghadapi PRK di Galas kali ini dan menjadi gelabah dalam mencari punca kelemahan di atas kekalahan ini. Segala persiapan dan strategi telah dirancang serta dilakukan mengikut apa yang difikirkan terbaik. Kekalahan kali ini bukan pada faktor kelemahan pihak Pas melainkan kelemahan yang diluar kemampuan untuk mengawal penggunaan sepenuhnya jentera-jentera kerajaan oleh BN seperti JHEOA, Risda dan sebagainya. inilah sebenarnya faktor kemenangan BN kali ini dan kelebihan ini hanya akan mampu dilakukan oleh pihak Bn pada Pilihan Raya Kecil sahaja, tdak mudah BN melakukan yg demikian pada PRU akan datang nanti.

adf55650 berkata...

Bagaimana dgn kes pengambilan tanah yg kononnya untuk Ladang Rakyat (ataupun Ladang Wakil Rakyat), sijil pemilikan tanah dan elaun RM200 sebulan? Adakah ini tidak dibincangkan dalam post-mortem itu?

Mobile Commerce berkata...

Untuk menarik pengundi mengudi PR kembali...tunai segala janji2 dalam pilihanraya yg lalu sebelum tiba pilihanraya 13 nanti. Insyallah..pengundi2 akan menilai sendiri.

Tanpa Nama berkata...

usah lah risau sangat dgn kekalahan yang tak seberapani, tu semua tanda rakyat minta pas kelantan selesaikan masalah rakyat kat sana dgn cepat, anggap saya sebagai undi protes dgn byk kerja yg tak selesai, cthnya isu paling penting ialah tanah n ladang rakyat, sekarang ni marilah kita utamakan masalah banjir di Kedah n Perlis, lupakan dulu pasal kekalahan tu, utamakan banjir buruk di kedah, dah muak lak dengar n tengok berita kerajaan pas d kedah tak menolong rakyat, utama kan banjir dulu k

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya pas tak tak dapat sokongan orang cina dan orang asli.. isu ladang rakyat telah membuka mata hati orang asli yang ditipu oleh pemimpin pas kelantan ..

Tanpa Nama berkata...

bantuan SPR memenangkan UMNO di Galas, rakyat tak mudah diperbodohkan UMNO...

Tanpa Nama berkata...

strategi memasukkan pengnundi muda luar ke galas macam manek urai memenangkan UMNO, SPR tak telus

Tanpa Nama berkata...

PAS dibuai mimpi kemenangan lalu hingga membiarkan SPR memanipulasi daftar pengundi...

Tanpa Nama berkata...

pemuda PAS masih tidur kemana hilangnya gerakan seperti BERSIH?

Tanpa Nama berkata...

kalau tunggu PRU13 penentangan terhadap SPR baru nak digerakkan sudah terlambat.

Tanpa Nama berkata...

Ia sebuah analisa yang tepat dan berasas.Janganlah kita gundah gulana dan mempersalahkan mana-mana pihak di dalam PR.Di dalam PRK pihak BN ada berbagai-bagai senjata sulit.Kita sama-sama tunggu PRU ke 13.Ayuh teruskan kerja kita...ALLAH tidak pernah tidur hanya manusia yang tertidur dan nyenyak tidur diulit kemenangan.

Tanpa Nama berkata...

Analisis yang boleh diterima.Sama-sama kita menunggu PRU 13.

Tanpa Nama berkata...

salam,bagaimana dgn manipulasi umno thadap hubungan dap@pas?isu berkawan dgn kafir harbi yg dikatakan oleh puak umno..isu ini tidak dijawab dgn bersungguh2 oleh pemimpin pas sehinggakan masih lagi menjadi isu sampai ke hari ini..malah,pas tidak membangkitkan keistimewaan bkawan dgn DAP..antara punca kekalahan..

hussin berkata...

perbezaan fikrah di kalangan pemimpin adalah faktor utama yang cuba dielakkan dalam semua analisis kenapa pas kalah. bedahsiasat yang akan dibuat juga tidak akan menyentuh faktor ini.

pas adalah gerakan islam dan parti politik. kegagalan untuk melaksanakan kedua fungsi ini secara serentak memperlihatkan bagaimana pas hanyut di antara gerakan islam dan parti politik. apabila menghampiri pilihanraya baru gerak kerja bermula. isu menjadi tumpuan utama. apakah isu menjadi pilihan utama gerakan islam untuk menghampiri rakyat?

kekuatan musuh sentiasa diperkatakan. bukankah mengetahui kekuatan musuh itu syarat penting untuk berdepan dengannya? dunia tahu siapa itu spr, apa itu undi pos, apa itu 'beli' undi. apa pas buat untuk hadapi ini semua?

bab pengundi hantu, pengerusi jpr pas pusat, halim rahman, mengadakan pc, dengan gah mendedahkan persediaan pas dengan peguam2 dan pemantau di peti2 undi dan memberi amaran kepada 'pengundi hantu'. sekian ramai dari sana dari situ. apakah maklumat pasal pengundi hantu ini tepat, benar atau sengaja diumpan oleh pihak musuh? barangkali itulah sahaja yang mampu difikirkan oleh pgs pusat? apakah halim tidak ada maklumat dengan kehadiran perisikan tentera di pihak sana? fahami akan selok belok kegiatan mereka?

perrrrrrrrghhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

bagus juga kalah supaya PR dapat muhasabah...klu Allah bg menang, taku2 nt PR jadi bangga diri yg akhirnya lupa akan perancangan yg lebih besar iaitu PRU-13 nt.. lihat la balik sirah nabawiyah dlm perang uhud..bru la kita tahu jawapannya...jgn selalu pesalahkan musuh kita (BN) tp kesilapan diri kita (PR) kita lupa.. sb perancangan PR yg nampak kuat akan di kalahkan oleh perangcangan BN yg kita nampak xbp kuat.. muhasabahlah...

Pemuda PAS Kijal berkata...

Perjuangan tetap diteruskan TAKBIRRR!!!!