17 Januari 2011

Calon PAS : Pilihan yang tepat dan bijak.

13 Safar 1432H.
Kenyataan Media.

Berhubung dengan pengumuman PAS dan Pakatan Rakyat meletakkan calon wanita - Normala Sudirman/ Cikgu mala (Gambar) - untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Labis malam tadi.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Dengan ini saya suka untuk memberi beberapa kenyataan seperti berikut :

1. Saya menyokong penuh pencalonan tersebut dan menganggap tindakan memilih calon dari kalangan muslimah oleh PAS dan pakatan Rakyat untuk pertama kalinya dalam Pilihanraya Kecil dalam banyak siri PRK sejak 2008 adalah pilihan yang tepat dan bijak.

2. Keputusan PAS tersebut sekaligus menafikan pandangan serong yang sengaja diapi-apikan oleh musuhnya sebagai meminggirkan golongan wanita. Ianya membuktikan sikap keterbukaan PAS.

3. Pemilihan Normala saya yakin akan membantu mengikis persepsi yang sering digunakan oleh MCA dalam kempen mereka dan secara umum di kalangan bukan Islam yang melihat PAS sebagai sebuah parti Islam yang mendiskriminasikan hak kaum wanita .

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat merupakan aset yang besar bagi memenangkan calon Pakatan Rakyat dalam PRK kali ini.

4. Oleh itu saya menyeru seluruh petugas PAS dan Pakatan Rakyat dari seluruh negara untuk memberikan sokongan dalam segala bentuk termasuklah sumbangan dana bagi memastikan
kemenangan calon pilihan terbaik ini.

5. Pada pandangan saya pemimlihan Cikgu Mala sebagai calon PRK Tenang akan menarik minat banyak pihak dikalangan penyokong dan pimpinan pakatan Rakyat dari seluruh negara untuk hadir membantu jentera PRK Tenang.

6. Jentera pilihanraya diharapkan dapat memanfaatkan seluruh tenaga yang turun dari seluruh negara dari ahli biasa sehinggalah kepada pimpinan bagi memastikan kehadiran mereka ke DUN Tenang tidak disia-siakan.

Dari jauh mereka datang saya yakini bukan untuk menjadi penonton biasa tetapi untuk membantu jentera PRK Tenang, oleh itu jangan kecewakan mereka seperti yang pernah berlaku dalam beberapa PRK pada tahun lepas.

7. Semuga pemilihan calon yang terbaik dari PAS dan Pakatan Rakyat ini dapat menambahkan lagi satu kerusi Pakatan Rakyat dalam DUN Johor. Selain itu diharapkan kemenangan di Tenang adalah titik tolak kepada perubahan landskap politik Johor dan Malaysia sebelum kita berdepan dengan PRU ke 13. Ianya menjadi medah dan ujian kepada kekuatan Pakatan Rakyat dalam mengolah Isu-isu besar yang sedang diperkatakan sekarang.

Kenyataan media,17 Jan 2011.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN Titi Serong.

Tiada ulasan: