17 Januari 2011

Presiden NUJ mahu jadi 'saudagar' nasi lemak

14 Safar 1432H.

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari kini berkira-kira membuka gerai nasi lemak dekat rumahnya di Puchong dan kaunter aduan di depan pejabat Utusan Malaysia di Cheras, Kuala Lumpur.

Ini ekoran penggantungan kerja terhadapnya masih tidak pasti tempohnya dan sama ada bergaji atau tidak.

"Saya tidak pasti, saya kena tunggu dan lihat hingga hujung bulan ini untuk lihat sama ada mereka masukkan gaji saya atau tidak. Jika tidak saya kena pergi ke Jabatan Buruh.

"Oleh kerana saya tiada apa hendak dibuat dan tidak bergaji, saya berkira-kira membuka gerai nasi lemak," kata wartawan kanan akhbar milik Umno itu sambil ketawa.

Dilarang menjejakkan kaki di pejabat Utusan, Hata juga merancang mahu memasang khemah kecil di depan pintu masuk harian berbahasa Melayu itu.

"Saya akan letak khenah kecil di sini dan duduk dengan laptop saya. Saya akan bukan kaunter aduan untuk wartawan.

"Saya juga boleh adakan mesyuarat dengan NUJ cawangan Utusan di sini," kata Hata kepada Malaysiakini sebelum siasatan dalaman terhadapnya bermula pagi tadi.

Hata menambah, NUJ Utusan juga merancang mengadakan pameran memperingati ulang tahun ke-50 Mogok Utusan pada tahun 1961 untuk menentang pengambilalihan Utusan oleh Umno.

"Kami akan langsungkannya atas jelan depan Utusan, sebab di jalan inilah demonstrasi berlaku.

"Utusan pernah di barisan depan mengamalkan kewartawanan yang adil dan berimbang, hinggalah pengambilalihan. Kami mahu lihat semula 50 tahun dulu sejak para wartawan disenyapkan.

Nasib Hata kini dijangka bakal mengikuti jejaj langkah teman sepertjuangannya Amran Ahmad sebagai bekas presiden NUJ Utusan yang dipecat selepas didapati bersalah dalam siasatan dalaman akhbar itu.

Malaysiakini/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kakitangan Kumpulan Utusa menyhungut masa Datuk Khalid jadi Ketua Pengarang, mereka dapat juga bonus tetapi apabila Aziz Ishak ambil alih. bonus tiada, utusan rugi dan banyak kes saman.

UMNO TIDAK MAMPU BERUBAH LAGI...KERANA UMNO SUDAH REBAH berkata...

KENAPA SURATKHABAR BERBAHASA MELAYU MCM UTUSAN MALAYSIA DAN BERITA HARIAN SUKA MEMBODOHKAN ORG2 MELAYU, DAN MENJADIKAN ORG2 MELAYU MCM AYAM DAGING YG 'MAKAN' APA YG DIHIDANGKAN OLEH BERITA/UTUSAN, TANPA DPT BERFIKIR DGN BIJAK...MANAKALA HIBURAN TERLALU BYK DIHIDANGKAN KPD ORG2 MELAYU...
...SEDANGKAN SURATKHABAR BERBAHASA CINA, DAN INGGERIS SUKA MELAPORKAN BERITA DAN KOMENTAR YG MENGASAH MINDA BANGSA MEREKA MENJADI KRITIKAL DAN BIJAK MEMILIH, SERTA MELAPORKAN YG BENAR DARI SUMBER TANPA TOKOK TAMBAH BAGI MENGELIRUKAN BANGSA MEREKA...

SUDAH 53 TAHUN ORG2 MELAYU DI TIPU OLEH ORG2 YG BERPERANGAI SEPERTI PENJAJAH...'MENJADIKAN ORG2 MELAYU PANDAI/KAYA SEDIKIT DR AYAHNYA', SUPAYA UMNO DPT TERUS MEMEGANG KUASA...

PENGKHIANATAN YG DAHSYAT DILAKUKAN OLEH ELIT2 UMNO KE ATAS ORG2 MELAYU TANPA DI SEDARI SELAMA 53 TAHUN...YG MANA LAMA KELAMAAN AKAN DPT JUGA DI KETAHUI, SEBAGAIMANA YG BERLAKU SKRG, KERANA BANGKAI GAJAH TIDAK AKAN DPT DI TUTUP DGN SURATKHABAR UTUSAN MALAYSIA DAN BERITA HARIAN YG SETIAP HARI MEMAPARKAN BERITA KONONNYA UMNO/BN SEBUAH PARTI YG 'TERLALU BAIK 100% IKHLAS, JUJUR, AMANAH DAN CINTA PD ORG2 MELAYU', MANAKALA PARTI PAS, PKR DAN DAP PULA DI GAMBARKAN 'SANGAT JAHAT, MCM SETAN, TAK BOLEH DI PERCAYAI, DAN BENCI/ANTI PD ORG2 MELAYU DAN SULTAN'...

AKAN SAMPAI WAKTUNYA, HANYA TINGGAL SATU PARTI SAHAJA DLM BN YG BERJUANG IAITU UMNO DAN KRONI2NYA, MANAKALA PARTI2 KOMPONEN YG LAIN MENUNGGU MASA UTK 'MENIKAM' UMNO SELUMAT2NYA' DARI BELAKANG...(MUNGKIN BERLAKU MASA PILIHANRAYA UMUM KE-13 NANTI...INSYA'ALLAH) PD MASA ITU UMNO AKAN MERAUNG KESEORANGAN...

CUKUP SAMPAI DISINI WAHAI UMNO...

Raziq Najab berkata...

PERGI JAHANAM DENGAN UMNO/APCO!!!
BUAT HATTA WAHARI ADALAH LEBIH BAIK KELUAR DARI BEKAS2 NAJIS UMNO TERSEBUT ... DARI MENCUCI DARI DALAMNYA!