17 Januari 2011

Normala tinjau pasar tani


12 Safar 1432H MOD..

LABIS, 17 Jan : Calon PAS untuk PRK Dun Tenang, Normala Sudirman tidak menunggu lama untuk bergerak menemui rakyat terbanyak di dalam kawasan itu dengan langkah pertama menuju ke Pasar Tani Pekan Labis, pagi tadi.

Sebelum itu, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala telah menemui rakyat di kedai-kedai kopi, seterusnya ke Pasar Tani Pekan Labis, Pasar Awam Pekan Labis dan menemui masyarakat Cina di sekitar kedai-kedai di pekan berkenaan.

Rombongan Cikgu Mala ini bergerak bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan pimpinan Wanita Pakatan Rakyat antaranya Ketua Wanita DAP, Chong Eng.

Pengumuman beliau sebagai calon telah dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu majlis meriah di Dataran Wayang Pacak, dekat sini malam tadi.

Lawatan begini sudah menjadi kebiasaan kepada Cikgu Mala kerana sebelum Adun BN meninggal pun, beliau sudah berbuat demikian sementelahan dipertanggungjawabkan sebagai Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Tenang.

Kesanggupan beliau terbukti apabila sanggup meletakkan jawatan sebagai guru bergaji tetap untuk memikul tugas ini dan menyewa dua lot premis untuk tujuan memberikan kebajikan kepada rakyat sebelum daripada kematian berkaitan.

Ustaz Nuridah berkata, beliau terperanjat dengan persiapan Cikgu Mala berusaha keras bagi menghadapi PRU13 namun PRK yang datang terlebih dahulu dan berharap pengundi Tenang dapat menilai tawaran dan kesanggupan Cikgu Mala.

"Inilah perancangan dan ketetapan Allah SWT untuk rakyat di Labis ini dan mereka wajar mengambil kesempatan menghantar suara Cikgu Mala sebagai calon PAS mewakili PR ke Dun Johor," tegasnya.

Cikgu Normala adalah Exco Dewan Muslimat PAS Pusat sebagai Pengerusi Pendidikan dewan itu, Naib Ketua Muslimat PAS Johor dan Ketua Muslimat PAS Kawasan Labis, telah berkahwin dan mempunyai tiga cahayatamata. (HarakahDaily)

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YA..BRAVO CIKGU..MOGA MENDAPAT KEJAYAAN...KUAT KAN SEMNAGAT DR GURU2 RAKAN ANDA DI MSIA!!!

Tanpa Nama berkata...

Awal cikgu mala berkempen. Kalau tiba-tiba masa penamaan calon nanti pencalonannya ditolak macam mana? Tak ke malu. Kok ye pun nak berkempen tunggulah dah SAH jadi calon dulu.

Tanpa Nama berkata...

Teruskan cikgu, tak de malunya untuk memperjuangkan Islam, yang sepatutnya malu ialah apabila tidak mahu menyokong perjuangan Islam. Pas sebuah parti Islam, pada namanya, perlembagaannya dan matlamatnya jelas untuk Islam. Islam agama yang syumul, bermakna merangkumi semua aspek kehidupan termasuk bersiasah atau lebih kita kenal sebagai berpolitik. Dalam syumul itu terdapat erti pemeliharaan bangsanya yang merupa anugerah Allah kerana ada tuntutan dalam agama, tetapi belum tentu bangsa itu dapat menyelamatkan agamanya.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah!teruskan perjuangan membela rakyat.Kami dah tak tahan dgn ketuanan melayu.Kami hendak ketuanan Islam.Dah 53 tahun kami jadi hamba wal hal kami Melayu juga.Orang Melayu mesti berubah,berubah.Jangan duduk di bawah tempurong UMNO.Keluarlah ke dunia yang lebih baik ( Pakatan Rakyat ).Ingat rezeki itu Allah yang beri bukan UMNO yang punya.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah cikgu... Diharapkan guru-guru Dun Tenang memberi sokongan pada calon PAS...ingat dah lama guru-guru tak dapat BONUS.

Tanpa Nama berkata...

salam cikgu.. nampaknya seminggu dua, abg makrof tido sorang2 lah ya..