25 Januari 2011

Serangan Bertubi-Tubi Media BN, Bukti Pakatan Rakyat Teguh

20 Safar 1432H.
Oleh : Hafizi Pauzi.

LABIS, 24 Jan : kata Ketua Penerangan PAS Perak, YB Drs. Khalil Idham Lim berkata BN menggunakan taktik mencipta cerita kononnya Calon PAS tidak berpijak dalam landasan Islam, walhal ia adalah fitnah jahat yang tidak berasas, itulah cara mereka memburukkan parti PAS dengan mensasarkan Cikgu Normala Sudirman, calon DUN Tenang yang mewakili PR.

Tambahnya, BN teramat terdesak sehingga menjadi fitnah sebagai bahan untuk berkempen, keangkuhan ini makin dapat dilihat ketika mana Chua Soi Lek yang memperkelehkan adat Muslimat yang tidak bersalaman dengan lelaki bukan muhrim sebagai satu isu politik di Tenang.

“Chua mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa calon PAS, Normala Sudirman tidak akan datang ke tokong Cina, (dan) beliau langsung tidak bersalam dengan orang.

Chua dipetik sebagai berkata bahawa Cikgu Normala sama seperti isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan ketika bersalam dan mempersoal adakah rakyat bukan Islam boleh menerima cara Islam sebegini dan dalam masa sama menyindir “pergilah undi PAS."

“Umno parti rasis dilihat mendiamkan diri, walhal merekalah yang sepatutnya menjelaskan hal yang sebenar berkenaan isu pergaulan dalam Islam kepada Chua Soi Lek,” katanya.

Menurut Khalil yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat perak, isu berkenaan salam dalam Islam ini telah lama berlaku di Malaysia yang dikatakan “Negara Islam”, pemimpin tertinggi Negara yang muslim tidak terkecuali bergelumang dengan kecelaruan pengamalan salam menurut acuan Islam.

“Sudah tiba masanya bukan Islam memahami dasar Islam dalam isu salam sesama insan, adalah elok MCA diberi kuliah oleh ulama Umno juga kepada Perdana Menteri sendiri yang saban hari bersalam dengan wanita ajnabi sesuka hati,” ujarnya.

Dalam pada itu beliau mengulas, di Tenang, BN terpaksa mengeluarkan bermacam hujah berunsur fitnah kerana gelabah dengan kenyataan Karpal yang sudi berbincang bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam isu Negara Islam dengan memberi respon positif terhadap perkara tersebut.

Kempen menyebar fitnah tersebut termasuklah dakwaan Menteri Besar Johor yang kononnya PAS adalah pemecah belah masyarakat pelbagai kaum di kawasan tersebut.

“Beliau Abdul Ghani patut sokong hak rakyat, rakyat malaysia memerlukan pembelaan yang telus, BN gagal melaksanakan mandat itu, adakah salah rakyat diberi tawaran yang hebat jika PR berjaya mentadbir Putrajaya, dan adakah beliau khuatir akan kehilangan sumber kekayaan jika BN tumbang? Soalnya.

Tiada ulasan: