21 Mac 2011

Pakatan nafi lelaki dalam video seks Anwar

16 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
The Malaysian Insider.

KUALA LUMPUR, 21 Mac — Pakatan Rakyat (PR) menafikan lelaki yang didakwa dalam rakaman video, melanggan seorang pelacur di sebuah hotel di ibu negara akhir bulan lalu sebagai Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini (rakaman) video Anwar yang direka,” kata pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Ia bukan Datuk Seri Anwar. Ini satu lagi usaha Barisan Nasional (BN) untuk memberi persepsi umum bahawa beliau seorang yang tidak bermoral, yang tidak layak untuk menerajui negara ini,” kata anggota biro politik PAS Khalid Samad kepada The Malaysian Insider.

Naib presiden PKR Chua Tian Chang juga mendakwa BN semakin terdesak, “beralih daripada isu-isu besar seperti pilihan raya dan dasar kepada serangan peribadi.”

Pagi tadi, seorang lelaki yang menamakan dirinya “Datuk T” mempertontonkan rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan PR sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing dari China.

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.

Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.

Menurut Datuk T, beliau mahu media menonton rakaman tersebut sebelum dia menghantarkannya kepada pemimpin berkenaan dan isterinya.

Malah katanya, jika pemimpin politik itu mengenal pasti dia adalah tuan punya diri dalam rakaman tersebut, maka dia dan isterinya harus meletakkan jawatan.

Datuk T mendakwa lelaki dalam rakaman video itu bukan seorang yang bermoral tinggi dan oleh itu, tidak layak bertindak sebagai pemimpin.

Dalam satu kenyataan yang turut diedarkan kepada media, yang tertera nama pemimpin tersebut, dikatakan bahawa ahli politik tersebut pergi ke hotel yang menawarkan khidmat seks dan kemudahan SPA.

Selepas pemimpin itu meninggalkan hotel, dia sedari bahawa dia tertinggal jam tangan jenama Omega di bilik dia memperoleh khidmat seks.

“Saya diminta mendapatkan jam tangan di bilik tersebut. Oleh kerana saya tidak nampak jam tangan pada meja, saya memeriksanya di belakang tempat persolekan. Saya terkejut melihat banyak wayar di belakangnya,” kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu, wayar berkenaan disambungkan ke CCTV yang kemudiannya didapati merakamkan hubungan seks pemimpin itu dengan pelacur tersebut.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam memoirnya yang dipasarkan awal bulan ini mendakwa bekas timbalannya itu pernah dibekalkan dengan empat wanita untuk khidmat seks pada 1990-an.

Anwar, yang kini berhadapan dengan kes liwat keduanya, telah menafikan tulisan Dr Mahathir itu.

Akhir 2007, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memutuskan untuk meletakkan jawatan selepas didapati muncul dalam rakaman video seks.

Pada 1989, bekas setiausaha agung MIC D. P. Vijandran telah dipaksa meletakkan jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat berikutan kontroversi video seks.

21 ulasan:

Awanama berkata...

Semoga Allah menurunkan bala yang bertimpa-timpa kepada yang bersalah...

begudol berkata...

Kerja jahat Datuk T. logikke kamera dari pelbagai sudut?

Awanama berkata...

alahai Datuk T....berapa banyak pula lu dapat habuan dari UMNO. Rakyat yg terang hati nurani dia lebih mengenali siapa Anuar dari Datuk T..
tak cukup punggung sayfool jadi junjungan pada pemimpin UMNo kini jalang cina pula yg jadi pujaan UMNO...kah...kah...kah.
Lagi satu cerita bodoh dari UMNO.

Awanama berkata...

awat yang bengap & bangang sangat think tank UMNO ni..asyik2 cerita sex anuar. macam tak ada isu lain dah.
rakyat dah tak heran la...najib tutuh pompuan mongolia tu...rakyat jumpa bole cium tangan dia lagi...chua sok lek terang2 buat sex bole tengok video dia tu pun pemimpin UMNo bole dok peluk chua sok lek...rakyat tak heran juga.

Mana punya lembu yang kena make up muka seakan nak anuar...hangpa kata anuar...rakyat bukan bodoh macam think tank umno.

Awanama berkata...

hangpa fitnah kat anuar macam-macam...buat kat dia macam-macam sampai tak da hari yang dalam kepala otak hangpa tak pikiaq macamana nak bagi hancur dia...tapi kalau ALLAH s.w.t tak izin akan segala perbuatan hangpa nak bagi dia lingkup...dia tetap macam tu juga sebaliknya hangpa yang tanggung dosa..
benda semudah ni pun UMNO tak bole pikiaq..macamana nak pikiaq tentang urusan negara...pasai tu malaysia ni tak boleh sampai manapun..

Awanama berkata...

mula cerita punggung..
la ni cerita poen..
bila pulak UMNO nak wat cerita gang bang...
Malaysia memang luar biasa..kerana berjaya mengeluarkan cerita sex yang cukup hebat..nanti ada negara didunia boleh ambil sebagai contoh....MALAYSIA BOLEH!!!!

Awanama berkata...

memang haram jadah melayu akhir zaman ni, fitnah ni jadi macam darah daging depa dah, memang haramjadah puak2 umno ni

Awanama berkata...

satu lagi taktik murahan dr pak turut BN

yes berkata...

Ini baru satu Malaysia, mula mula aktor India buat film lucah dikuti dengan aktor China dan sekarang aktor Melayu. Ha ha Najib berjaya dengan satu Malaysianya. MALAYSIA BOLEH. Polis tolong cari siapa Datok T, nak tengok polis boleh atau tak? Juga tolong siasat siapa yang membayainya. Tak kan polis Malaysia tak boleh selesaikan perkara kecil begini. Orang Carcosa tentu tahu siapa tempah bilik.

Awanama berkata...

beginilah kerajaan campuran BN-Apco Yahudi Malaysia. Tak boleh jatuhkan seteru cara berhemat, buat cara tak bermoral. Biasalah corak serangan Yahudi, bunuh, caci, fitnah dan sebagainya adalah kerja mereka.Bahkan dapat pahala dalam agama mereka. Jadi UMNO pun jadi pak turutnyapun macamtulah jugak.

Awanama berkata...

tapi tuan2!!! biar 5kali ganda lagi fitnahke,penipuanke,janji bilion ringgit ke,Bee End menang jgk.esok ngundi malamnya tabur 50 ringgit sorang dah cukup untuk kalah pembangkang!!! apalah....silap2 hilang wang pertaruhan parti lawan!

Awanama berkata...

buat lah kita dok asik fitnah org hang tau ka dosa bagi org yg menfitnah lebih besaq dari org yg berzina tau ka dtok k apa hang dpt tuduh org tapi kalau hang kapir takpalah sebab hang terus masuk neraka kalau hang islam rasalah siksa dlm kubur dulu

Awanama berkata...

memang tepatlah apa yang dikata oleh sasterawan negara dlm buku berjudul 'shit' satu masa dulu ttg ****. sgt memualkan...

Awanama berkata...

Tak habis habis dgn cerita dan berita karut. buat malu saja malaysia di mata dunia. bersabarlah dsai.hidup PR.

u**o berkata...

ALLAHHUAKBAR!!..ya ALLAH..kau lindungilah mereka mereka yang dizalimi..kau hancurkan mereka mereka yg membuat angkara ini ya ALLAH..semua nya dengan izin MU...amin...

Awanama berkata...

DSAI JANGAN MENGALAH. KUATKAN LAGI SEMANGAT. SAYA TETAP SOKOKG PR WALAUPUN MACAM MACAM CERITA FITNAH TERHADAP DSAI.

Awanama berkata...

Memang fitnah.

Awanama berkata...

Memang fitnah.
Memang kerja depa buat fitnah/rasuah, bukti yang paling jelas semasa pemilihan UMNO maka banyaklah fitnah dan surat layang serta sogokan duit (rasuah)

Awanama berkata...

Allah maha mengetahui, kerana al-Quran ada menegaskan bahawa fitnah itu lebih dahsyat daripada pembunuhan.

Awanama berkata...

he..he...kebal..kebal...idup Anuar

Awanama berkata...

http://kafesantai.blogspot.com/2011/03/mungkinkah-pemalsuan-video-seks-anwar.html