18 April 2011

35 Korban Puting Beliung

SEBUAH kenderaan bersandar pada sebatang pokok tumbang selepas puting beliung melanda Tushka, Oklahoma

14 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

RALEIGH: Sekurang-kurang 35 maut di enam negeri di Amerika Syarikat selepas puting beliung dan ribut melanda sejak empat hari lalu yang turut memusnahkan kediaman, perniagaan dan kenderaan di wilayah Carolina dan Virginia.

Gabenor Carolina Utara, Beverly Perdue mengesahkan kematian di empat negeri tetapi masih belum tahu jumlah sebenar manakala stesen televisyen ABC melaporkan 141 puting beliung sudah melanda kali ini.

Terdahulu di Raleigh, lebih seorang terbunuh manakala penyelamat cuba mencari mangsa yang terperangkap di dalam bangunan.

Di Gloucester, tiga terbunuh dan lebih 60 lagi cedera apabila puting beliung ranapkan kawasan pantai sementara pegawai rasmi mengumumkan banjir kilat berdekatan Waynesboro menyebabkan seorang terbunuh, manakala dua lagi hilang.

Perdue berkata, 62 puting beliung besar melanda kawasan itu sejak Mac 1894 apabila sistem pengesan ribut mengesan 22 puting beliung di Carolina Utara dan Selatan menyebabkan 57 maut dan mencederakan ratusan lain.

Serangan puting beliung terbesar melanda Amerika adalah pada 3 hingga 4 April 1974 apabila 307 orang terbunuh selepas 148 puting beliung ‘menyerang’ 13 negeri.

Mekanik di kedai tayar di Raleigh, Utara Carolina, berkata beliau berlindung dalam traknya semasa ribut melanda manakala rakan sekerjanya berhimpit dalam bilik penyimpanan.

“Ia ribut menggerunkan. Bumbung bergegar dan terus diterbangkan,” kata Bryan Jackson.

Reuters/AP

Tiada ulasan: