01 April 2011

RON 97 naik lagi,Hadiah bulan April untuk rakyat Malaysia

27 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PETALING JAYA: Harga petrol RON 97 sekali lagi dinaikkan dan kali ini sebanyak 20 sen - menjadikan harganya RM2.70 seliter selepas tengah malam Jumaat.

Harga RON97 sekarang ialah RM2.50 seliter.

Kelmarin saya menerima sms memaklumkan harga minyak diesel dan Ron95 yang dijangkakan naik namun ianya meleset. Namun semuanya terjawab dengan kenaikan harga Ron97 pada tengah malam ini.

Kali terakhir ia dinaikkan ialah pada 4 Januari lalu iaitu sebanyak 10 sen. Sebelum itu ia telah pun mengalami kenaikan iaitu sebanyak 15 sen pada 1 Disember tahun lalu -menjadikan harganya mencecah paras RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari.

Bagaimanapun, harga minyak petrol RON 95 kekal pada paras RM1.90 seliter.

Semalam (Khamis) dalam pertemuan dengan pengarang-pengarang kanan media, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan tidak berhasrat menaikkan harga petrol RON95 pada waktu terdekat ini walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

3 ulasan:

ayam hutan berkata...

Penyokong BN jangan merunggut minyak naik depan aku, nanti penampar yang dapat

Awanama berkata...

Boleh le pemimpin BN tabur duit dlm p`raya Serawak macam duit pusaka mak bapak kamu je

Raziq Najab berkata...

Sepatutnya naik Ron97 turunkan harga Ron95.
Itulah hadiah kerajaan BN kepada rakyat sempena kemenangan Kerdau & Merlimau!
Pergi jahanam Umno!
Tumbangkan mereka pada PRU13 nanti!