28 September 2011

Letupan di Empire Gallery bukan sabotaj: Polis

ANGGOTA Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sedang menyiasat kejadian saluran gas bawah tanah yang meletup di Empire Shopping Gallery dekat Subang Jaya, hari ini. - Foto Nik Hariff Hassan

1 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

SUBANG: Hasil siasatan yang dijalankan polis, Bomba dan Suruhanjaya Tenaga terhadap kejadian letupan di pusat membeli belah Empire Gallery awal pagi tadi mendapati punca kejadian bukan disebabkan unsur sabotaj.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaivegan, mengesahkan kejadian diklasifikasikan sebagai kemalangan dan kecuaian individu malah tiada unsur sabotaj dilaporkan.

"Kejadian kemungkinan disebabkan percikan api pada saluran paip gas itu. Letupan bermula dari sebuah restoran aras bawah, namun disebabkan saluran yang panjang ia memberi kesan kepada seluruh bangunan. Bangunan akan dibuka kepada umum selepas siasatan pihak terbabit selesai," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Kumpulan Mammoth Empire Holding Sdn Bhd, Datuk Danny Cheah, mengesahkan tiga mangsa cedera ringan dan seorang patah kaki manakala 180 pekerja serta tetamu hotel dipindahkan ke tempat yang selamat

1 ulasan:

Pak Oncu berkata...

hebat polis malaysia menyiasat,,,,