28 September 2011

Nahas dua kereta api bawah tanah di Shanghai

1 Zulkaedah 1432H. [MOD] -




afp
PARA penumpang berjalan di sebuah terowong bawah tanah selepas nahas kereta api di Shanghai semalam.


BEIJING - Kira-kira 245 orang cedera apabila sebuah kereta api di dalam terowong bawah tanah merempuh belakang sebuah lagi kereta api di Shanghai selepas satu sistem isyarat gagal berfungsi semalam.
Menurut laman Shanghai Metro, sistem lampu isyarat itu gagal berfungsi selama 30 minit sebelum perlanggaran tersebut berlaku di stesen Lao Ximen.
Agensi berita Xinhua menyatakan para pengurus memutuskan untuk mengawal kereta api itu melalui telefon oleh kakitangan stesen bawah tanah berbanding dengan menggunakan isyarat elektrik.
Seorang kakitangan perubatan menyatakan sebanyak sepuluh buah hospital merawat 245 orang kerana mengalami kecederaan di kepala, tulang retak dan luka.
Namun, katanya, tiada penumpang yang mengalami kecederaan serius. Menurut laman Shanghai Metro lagi, kira-kira 500 orang menggunakan perkhidmatan dua buah kereta api semasa kejadian berlaku pada pukul 2.40 petang.
Sejumlah anggota bomba, pasukan perkhidmatan perubatan kecemasan dan pemeriksa keselamatan bergegas ke tempat kejadian.
Perkhidmatan kereta api digantung di sembilan buah stesen ekoran kejadian itu. - Dpa

Tiada ulasan: