24 Oktober 2011

1,000 terbunuh gempa kuat di Turki

26 Zulkaedah 1432H. [MOD] -

ANKARA - Hampir 1,000 orang dianggarkan terbunuh selepas gempa bumi kuat melanda wilayah di timur Turki, semalam, menurut pusat gempa negara itu.

Beberapa jam selepas gempa melanda, Persatuan Bulan Sabit Merah dan kerajaan Turki melaporkan 45 bangunan termasuk pangsapuri dan dormitori runtuh di bandar Van, timur Turki, semalam, selepas dilanda gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter itu.

Pasukan penyelamat yang tiba di tempat kejadian berjaya menyelamatkan lebih 50 mangsa tercedera yang tertimbus di bawah runtuhan bangunan.

Turki terletak di atas garisan sesar bumi dan kerap dilanda gempa bumi serta gegaran harian, dengan dua gempa bumi terkuat dicatatkan pada 1999 yang membunuh lebih 20,000 orang.

SINAR HARIAN/-

Tiada ulasan: