01 November 2011

Turki tetap bina loji nuklear

4 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Gempa bumi kuat yang melanda timur Turki, 23 Oktober lalu, tidak akan menjejaskan rancangan Ankara untuk membina reaktor nuklear di negara itu.

Turki merancang membina reaktor nuklear pertama nya di bandar Akkuyu, iaitu kawasan yang aktif dengan aktiviti seismik.

Sebelum ini, kerajaan Turki menegaskan akan tetap membina reaktor itu walaupun selepas krisis nuklear berlaku di Jepun, Mac lalu.

“Menangguhkan rancangan untuk membina reaktor nuklear memang tidak pernah ada dalam pilihan,” menurut

Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan. Keyakinan itu dikongsi Menteri Tenaga dan Sumber Asli Turki, Taner Yildiz yang menegaskan penduduk tidak perlu bimbang dan loji nuklear itu akan menjadi pembinaan paling kukuh di Turki.

“Setiap langkah berjagajaga diambil, tiada apa perlu dibimbangkan. Ini bahagian penting sistem tenaga negara,” katanya, minggu lalu.

sinar harian/-

Tiada ulasan: