08 Januari 2012

Britain kerah kapal pemusnah terbaru ke perairan Teluk

14 Safar 1433H. [MOD] -

LONDON 8 Jan. - Kapal perang terbaru Britain semalam dilapor dalam perjalanan ke perairan Teluk untuk misi pertama ketika Iran mengancam akan menutup Selat Hormuz yang merupakan laluan strategik utama kapal pengangkut minyak.

Kementerian Pertahanan Britain berkata, kapal pemusnah Type 45 HMS Daring milik Tentera Laut Diraja Britain yang direka khas dengan keupayaan 'halimunan' dari dikesan radar, bakal menyertai kapal-kapal perang negara itu di wilayah terbabit.

Kapal tersebut dikerah ketika Britain dan sekutunya, Amerika Syarikat menyatakan kebimbangan terhadap ancaman Iran untuk menutup laluan perkapalan yang menyumbang 20 peratus aliran minyak dunia. - AFP

Tiada ulasan: