08 Januari 2012

7 penumpang Qantas A380 cedera

14 Safar 1433H. [MOD] -

SYDNEY: Tujuh penumpang cedera iaitu empat daripadanya dikejarkan ke hospital selepas pesawat Qantas A380 dari London ke Singapura digegarkan angin kuat, demikian menurut syarikat penerbangan yang berpangkalan di Australia itu, hari ini.

Juurcakap Qantas, berkata pesawat Airbus superjumbo itu hanya tiga jam dari Singapura ketika berdepan dengan ribut di ruang udara India, awal pagi semalam.

“Tujuh penumpang yang terbabit dan empat daripadanya dikejarkan ke hospital sebaik tiba di Singapura. Kesemua mereka dibenarkan pulang dan turut diberikan pelepasan untuk meneruskan penerbangan,” katanya.

Kesemua mereka mengalami lebam selepas tercampak keluar dari tempat duduk ketika kejadian. - AFP

Tiada ulasan: