08 Januari 2012

Pemuda PAS sokong pemecatan Hasan Ali

14 Safar 1433H. [MOD] -

1. Dewan Pemuda PAS Malaysia mendokong keputusan yang dibuat secara musyawarah oleh PAS Pusat sebentar tadi bahawa Yb. Dato' Dr. Hassan Ali dibuang keahliannya berkuat kuasa serta merta dan menurut peruntukan perlembagaan parti, beliau masih boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama' selepas ini. Semoga Allah memberkati keputusan yang dibuat secara syura ini.

2. Kepada Dato' Dr. Hassan Ali, jika anda benar - benar ikhlas dengan perjuangan Islam, anda tidak lari meninggalkan perjuangan ini sebagaimana pernah berlaku kepada Dato' Abu Bakar Hamzah yg pernah dipecat kerana membuat kenyataan yg bercanggah dgn keputusan parti, tetapi beliau tidak lari meninggalkan perjuangan suci ini. Beliau berehat panjang dan akhirnya kembali semula kepangkuan PAS di penghujung karier dan usianya.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulilah...saya sokong

Tanpa Nama berkata...

Setakat tahu saya x ada satu pun kesalahan puak umNO yanc beliau tegor...mungkin baginya betui belako kok..

Tanpa Nama berkata...

Khalifah Umar pernah memecat panglima Khalid Alwalid sebagai panglima tentera Islam, Khalid alwalid terus berkhidmat sebagai tentera Islam dibawah arahan panglima/ketua yang lebih muda darinya ? Dato lebih bermotivasi dari yang lain boleh fikir yg lebih reasional, sebab Dato yg kata rela dipecat ?

Tanpa Nama berkata...

Selagi Dato' ta menyertai UMNO@PERKASA@yg sewaktu dgnnya, akan terbukti prinsip dato' terhadap islam.

Tanpa Nama berkata...

Adakah kerana kelantangan Dato' Hasan Ali menentang terhadap kekhilafan-kekhilafan yang dilakukan oleh PAS, beliau layak terus disingkir? Adakan selama ini segala perjuangan beliau dalam menegakkan Islam bersama-sama Ummah (tidak kira UMNO, PAS dan lain lain) dianggap penentangan terhadap Bangsa dan Agama? Selama beliau berjuang dan lantang... hanyalah untuk penambahbaikan Islam dan PAS sendiri... fikirkanlah.... rugi dan silapnya kamu semua wahai penguasa PAS....Inallilahiwainailaihirojiun Allah Humakzurni Fimusibati Khoiron Minha. Aminnnnn.

Tanpa Nama berkata...

jadi lah khalid al walid... walaupun di pecat namun masih lagi memperjuangkan islam...

Tanpa Nama berkata...

HARAP SELEPAS INI ADA YG KENA TINDAKAN YG SAMA BILA 'SALAH'...jgn pilih bulu.....!!

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, ini adalah keputusan yang terbaik buat DDHA daripada dia terus menerus memberi kenyataan akhbar yang bercanggah dengan dasar yang telah dipersetujui di peringkat kepimpinan PAS. Kalau tak bolih patuh kenapa berada dalam PAS lagi. Saya berharap kepimpinan dan ahli ahli terus memperkukuhkan wadah perjuangan ini dan semoga kita terus mara dan dapat menawan Putrajaya dalam PRU nanti, Amin. Takbir, Allahuakbar 3x

Tanpa Nama berkata...

pemecatan ini amat tepat utk memisahkan segera hampas dalam jamaah. beliau adalah pakar motivasi terkenal dan berjaya mendidik ramai penuntut, tidak mustahil kisah Bal'am Bauro dlm zaman Nabi Musa a.s patut kita fikirkan.