13 April 2012

2 atlet powerlifting ke Olimpik

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

DUA atlet powerlifting paralimpik negara, Siow Lee Chan dan Sharifah Raudzhah Syed Akil berjaya menempah tiket ke temasya Sukan Paralimpik London 2012.

Pengarah Cawangan Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN), Mohd Safrusahar Yusuf berkata, dengan penyertaan dua atlet itu, negara memiliki 12 atlet yang layak ke sukan berprestij dunia itu.

Selain Lee Chan dan Sharifah, tiga pemanah negara Mohd Zafi Rahman Mat Salleh, Hasinin Sahawi dan Zulkifli Mat Zin serta dua pelayar Al Mustakim Matrin dan Nurul Amilin Balawi turut serta ke kejohanan yang berlangsung mulai Julai depan.

Safrusahar menjangkakan seramai 25 atlet paralimpik bakal mewakili negara ke temasya sukan di London itu.

“Ada empat sukan yang masih belum mengesahkan penyertaan mereka iaitu olahraga, renang, tenis kerusi beroda dan lawan pedang kerusi beroda,” katanya.

Beliau berkata, sebagai persediaan menghadapi temasya itu, MSN telah mengatur pelbagai program termasuk menghantar atlet menyertai kejohanan dalam dan luar negara.

Sinar Harian

Tiada ulasan: