13 April 2012

Ambiga dipanggil siasatan Bersih 2.0 hari ini

21 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 13 April: Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan dipanggil memberikan keterangan dalam siasatan awam yang akan dilakukan Suhakam hari ini.

Ini ekoran tindakan Suhakam meneruskan Siasatan Awam ke atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan yang melampau sebelum dan semasa perhimpunan pada 9 Julai 2011.

Siasatan yang bermula jam 9 pagi diadakan di Tingkat 13, Pejabat Suhakam, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Siasatan ini terbuka kepada media dan orang ramai juga dijemput untuk menghadiri siasatan awam berikut.

Harakah Daily

Tiada ulasan: